Mahu Kurus? Tingkatkan Metabolisma Badan!

9 January 2017

Fahami Konsep Metabolisma Badan Mereka yang Bertubuh Fit.


Sama seperti kereta memerlukan minyak sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan, begitu juga badan kita. Metabolisma umpama pengurus minyak dan kereta umpama badan kita. Metabolisma merupakan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Sebenarnyam tubuh kita membakar kalori secara berterusan setiap saat, bukan sahaja sewaktu kita bersenam, malah semasa kita tidur, membeli belah, mengemas rumah, menonton tv mahupun memasak.

Setiap individu memiliki metabolisma badan yang berbeza bergantung kepada komposisi tubuh badan seperti jumlah lemak dan otot.

Individu yang memiliki banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak. Ini kerana tisu otot menggunakan (atau membakar) lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya.

Oleh itu, apabila anda berhasrat untuk memiliki badan yang lebih kurus dan fit, atau mahu mengekalkan kecergasan badan, anda perlu meningkatkan metabolisma badan.

Metabolisma badan yang lebih tinggi membantu anda mencapai sasaran untuk kurus dengan lebih cepat.





Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisma anda:

#1 Minum Air Secukupnya.

Badan kita terdiri dari hampir 80% air. Oleh itu, untuk mengekalkan setiap fungsi badan secara optimum, anda perlu minum air putih secukupnya. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan.

#2 Ambil Supplemen.


Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda bergantung dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

#3 Makan!

Sebagaimana yang disarankan oleh agama, makan secara sederhana banyak kebaikannya. Konsep makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang sebenarnya bermaksud makan dalam keadaan perut tidak terlampau lapar, berhenti sebelum kita berasa kenyang dan makan dalam kuantiti yang sedikit. Konsep makan begini membuatkan kita makan dengan agak kerap. Dan, itu bagus untuk perut dan badan.

Cuba amalkan konsep ini dengan formula '1/3 udara, 1/3 makanan dan 1//3 air'

Sekiranya perut anda sudah mula berasa lapar, bermakna ia memerlukan makanan. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.

Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

Bagi pesakit endometriosis atau sakit puan contohnya, pakar sangat menyarankan anda mengambil makanan LCHF (Low Carbs High Fibre).

Lihat selanjutnya tentang LCHF.

#4 Tidur yang cukup.


Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

Jika anda boleh tidur pada waktu tengahari, masa yang disarankan adalah 30 - 45 minit sebelum masuk waktu zohor dan tidur selama 30 minit. 1 minit tidur pada waktu ini seolah-olah anda telah tidur lena selama 3 jam pada waktu malam.

#5 Hindar Stress.


Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. Atau, cuba adakan 'me-time' dan isi waktu tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang anda sangat sukai dan minati.

Jika anda sangat meminati kucing, anda boleh habiskan waktu tersebut dengan bermain dengan kucing kesayangan.

#6 Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.


Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.


#7 Lakukan senaman menggunakan pemberat.


Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Dengan meningkatkan otot, tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

#8 C untuk cergas.


Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

#9 Pedas!


Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

Namun, jika anda mengidap gastrik anda perlu berhati-hati. Pastikan anda minum air yang banyak selepas makan makanan pedas.

#10 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.


Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Bonus: 

Amalkan beberapa sudu minyak kelapa dara setiap hari. Minyak kelapa dara adalah dari jenis MCFAs serta kaya dengan asid laurik yang membekalkan tenaga secara serta merta. Ia membantu badan meningkatkan metabolisma dan masa yang sama menguatkan badan.

Lihat kebaikan minyak kelapa dara.

MITOS atau FAKTA? Kandungan Nutrisi di dalam Minyak Kelapa yang Sangat Bagus untuk Kesihatan Tubuh Badan

2 December 2016


Dalam masyarakat kita, selalunya jika lihat makanan bergoreng dan berminyak, kita akan kaitkan dengan kegemukkan atau makanan yang tidak sihat.
Sehinggakan ada sebahagian dari kita yang cuba elak mengambil makanan yang berminyak - atau minyak itu sendiri - kerana takutkan kolestrol yang mungkin terkandung dalam makanan tersebut.
Sebenarnya, tidak semua minyak tidak baik untuk kesihatan.

Seperti kebanyakan minyak yang berasaskan dari tumbuh-tumbuhan yang lain, minyak kelapa dara TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL.

Lebih dari 85% lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara adalah dari jenis 'medium-chain triglycerides' atau lebih dikenali sebagai 'medium chain fatty acids' (MCFA's). Kebaikan minyak dengan kandungan MCFA adalah ia senang diproses oleh badan dan menjadi sumber tenaga kepada tubuh manusia.
Terdapat tiga (3) jenis asid lemak dalam minyak kelapa dara; iaitu:
1) Asid Laurik
2) Asid Capric
2) Asid Caprylic
Minyak kelapa dara bersifat anti-viral, anti-mikrob dan anti-bakteria penyebab pelbagai masalah kesihatan.
Cara pengambilan minyak kelapa dara yang terbaik adalah diambil secara oral dan TANPA melalui proses 'refined' atau melalui proses pemanasan.

Mesti Cuba - Latte Kunyit yang Sangat Sedap dan Tinggi khasiat

23 October 2016

Panaskan Badan Dengan Minuman Ini - Sangat Disyorkan Untuk Wanita Berpantang Selepas Bersalin atau Datang Bulan



Kunyit adalah salah satu herba yang banyak digunakan dalam perubatan alternatif oleh masyarakat berbangsa india; atau lebih dikenali sebagai Ayurveda. Namun begitu, kunyit juga tidak asing dikalangan kaum melayu bahkan ia merupakan 'herba penawar' yang digunakan secara meluas untuk tujuan kesihatan oleh masyarakat timur.

Kunyit sangat terkenal dengan sifatnya sebagai anti-oksida, anti-inflamasi, anti-bakteria dan anti-mikrob yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik dan merbahaya. Baca selanjutnya tentang khasiat kunyit di Kunyit - Herba Penawar Tradisi Timur.

Penggunaan kunyit tidak terhad untuk masakan, bahkan ia boleh diambil sebagai salah satu minuman kesihatan yang sangat sedap - seperti Turmeric Milk/Latte atau susu kunyit. Dalam Ayurveda, susu kunyit ini (nama yang dimodenkan adalah latte :)) lebih dikenali sebagai 'haldi doodh'.



Selain teh susu yang dicampur halia, latte kunyit ini juga menjadi kegemaran saya terutamanya apabila waktu menstrual. Ia sangat membantu melegakan perut kembung, membantu mengeluarkan angin serta memanaskan badan. Sangat sesuai untuk ibu yang berpantang (ambil dalam kadar yang sederhana jika breastfeed).

Jika mahu cuba, anda boleh ikuti resipi di bawah.

*Saya lebih suka menggunakan kunyit dan halia hidup masing-masing sebanyak 2 dan 1 inci. Untuk lada hitam saya guna sebanyak 5 biji.

Kesemua bahan dikisar sehingga hancur dan sebati sebelum dipanaskan di atas dapur.

Disebabkan tekstur menjadi berhampas, saya tapis sebatian susu tersebut dan tinggalkan satu sudu kecil hampas yang telah ditapis supaya rasanya lebih 'kick'.

Ternyata, rasanya agak 'mewah' dengan rempah dan manis yang terasa dihujung lidah.

Sediakan;

1 cawan susu badam (boleh diganti dengan santan segar atau susu segar)
1 sudu teh minyak kelapa dara
1-2 sudu teh serbuk kunyit @ 2 inci kunyit hidup
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
secubit serbuk lada hitam @ 5 biji lada hitam
1 inci halia muda yang diparut halus
1 sudu besar madu

Seterusnya;

Cara 1 (Preferred):
Terlebih dahulu, kisar kunyit dengan sedikit air, rebus bersama 1 asam keping dan 1/2 sudu teh asam jawa selama 5 minit. Tapis. Kemudian, sebatikan kesemua bahan dalam air rebusan kunyit tersebut.

Cara 2 (Simpler):
Masukkan kesemua bahan kecuali madu ke dalam periuk. Panas sehingga hampir gelegak sambil dikacau sebati. Matikan api dan hidangkan. Anda boleh tapis jika terdapat hampas atau serbuk yang kasar. Paling nikmat adalah minum ketika masih suam dan dicampurkan dengan madu sebagai pemanis asli.

___

Tips dari Dr. Suri Roowi:

1.    Kunyit sebaiknya di 'blend', dimasak atas dapur sebelum diminum.

2.    Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.

3.    Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%.

4.    Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.

5.    Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.

6.    Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.

___

Tips dari Dr. Zubaidi Haji Ahmad:

1. Untuk menghasilkan jus, kunyit hidup hendaklah di­bersihkan kulitnya dan direndam selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.

2. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping serta sedikit madu. Simpan dalam peti sejuk.

3. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.




Tambahan amalan untuk kesembuhan bagi masalah di dalam perut: 


1)     Campur: 60ml air zam zam atau air mineral + 1 sudu besar madu + ½ sudu teh minyak zaitun | (Boleh guna resipi yang dikongsi di atas juga, tapi kena kurangkan kunyit dan selang hari jika nak amalkan selama 40 hari berturut)

2)     Sebelum minum, baca ayat berikut:

1.

Surah Al-Fatihah | Quran 01:1-7

 

 

 

 

 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ 

 ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ 

 إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ 

 ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيم

 صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

 

 

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (١) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7)

 

 

 

 

 

2.

Surah Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Qursi) | Quran 02:255

 

 

 

 

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ 

 

 

 

 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

 

 

 

 

 

3.

Surah At-Toriq, Ayat 4 | Quran 86:04

 

 

 

 

 

إِن كُلُّ نَفۡسٍ۬ لَّمَّا عَلَيۡہَا حَافِظٌ۬ 

 

 

 

 

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya)

 

 


 

 

 

 

4.

Surah Al-Furqan, Ayat 23 | Quran 25:23

 

 

 

 

 

وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٍ۬ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَآءً۬ مَّنثُورًا 

 

 

 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan

 

 

 

 

 

5.

Surah Asy-syuara, Ayat 80 | Quran 26:80

 

 

 

 

 

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ 

 

 

 

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku

 

 

 

 

 

6.

Surah Al-Anbiya, Ayat 83 | Quran 21:83

 

 

 

 

 

۞ وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ 

 

 

 

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani

 

 

3)     Minum semasa perut kosong atau sebelum makan, 1 kali pagi dan 1 kali malam.

4)     Amalkan selama 40 hari secara berterusan dengan yakin. InsyaAllah, bi iznillah, Allah SWT bukakan jalan dan anugerahkan kesembuhan.

5)     Amalan ini boleh diamalkan untuk sakit urat dan mereka yang telah mengambil vaksin.



DIY Skrub Bibir Menggunakan Bahan-Bahan di Dapur

21 October 2016


Semasa sesi fotografi baru-baru ini, jurumekap menegur bibir saya yang agak kering. Beliau menasihatkan agar guna exfoliate cream bagi menyingkirkan sel kulit mati pada bibir.

Tetapi saya lebih suka cara yang alami. Di sini saya kongsikan cara membuat skrub bibir dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada didapur!

Sediakan:

1 sudu gula perang (atau gula pasir)
1 sudu madu

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan tak perlu sebatikan sampai hancur. Sapu dan gosok lembut pada bibir, dan bilas dengan air.

Untuk bibir kekal lembap dan cantik, sapu sedikit minyak kelapa dara selepas bilas.

Minyak kelapa dara bukan sahaja melembapkan bibir, malah menjadikan bibir lebih lembut dan kulit bibir tidak terlalu berkedut.

Ini minyak kelapa dara yang saya guna.




Boleh dapatkan di sini

Ramuan dan Cara Mandian Herba untuk Ibu Berpantang

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Ramuan Mandian Herba

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

Cara Menyediakan Air Mandian

  1. Ambil periuk tanah yang berukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjut.
  2. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Cara Mandi

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Mandi Untuk Ibu Berpantang

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Masker Muka Menggunakan Madu dan Lemon

Lemon adalah sumber vitamin C dan antioksida yang sangat bagus. Ia membantu dalam proses penggelupasan semulajadi kulit mati, menyingkirkan bintik-bintik hitam, menghapuskan cela, mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat serta merawat kulit terbakar akibat cahaya matahari. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit eczema.
Madu bertindak melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan berseri-seri.
SEDIAKAN
  • 1 biji lemon segar
  • 1 sudu madu asli
CARANYA
  1. Potong lemon kepada 2 bahagian, dan buang biji.
  2. Tambahkan madu pada lemon yang telah dipotong.
  3. Gosok lemon dan madu secara perlahan-lahan pada muka.
  4. Biarkan selama 5 minit sebelum dicuci bersih.
NOTA
  • Hindar dari terkena mata
  • Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, campuran ini agak memedihkan. Tips untuk anda, lebihkan campuran madu berbanding lemon.

Kebaikan Minyak Zaitun untuk Kulit

Anda mungkin sudah tahu minyak zaitun adalah baik untuk kesihatan – dan juga sedap bila dibuat pasta – tetapi minyak zaitun juga sebenarnya sangat bagus untuk kulit. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai kulit yang kering atau alergi kepada krim dan losyen.
Minyak zaitun adalah ramuan tradisional untuk kulit yang sangat kering. Ia lembut dan selalunya tidak menyebabkan reaksi alergi. Minyak zaitun juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari dan kanser. Dalam satu kajian terhadap tikus, menyapu minyak zaitun setelah tikus itu terdedah kepada cahaya UVB mengurangkan tumor yang membesar.
Jika anda tidak risau kepada alergi, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan wangian atau losyen. Berhati-hati juga semasa menyapu minyak zaitun pada kulit – memang ia baik untuk kulit, tetapi tidak bagus pada fabrik. Salah satu cara untuk tidak merosakkan kain adalah dengan mencampurkan beberapa sudu minyak zaitun ke dalam air untuk mandi. Pastikan juga anda membasuh lantai bilik mandi kerana minyak zaitun itu membuatkan lantai licin.
Jika tangan anda perlukan lembapan, sapukan minyak zaitun dan pakai sarung tangan sebelum tidur. Jika mahu lembapkan tapak kaki, sapukan minyak zaitun dan pakai stokin untuk mengelakkan dari licin semasa berjalan di atas lantai.
Lain kali, jika anda perasan kulit anda kering, lihatlah ramuan di dapur sahaja – cuma pastikan ada cukup minyak zaitun untuk memasak pasta.

Apa Yang Dilakukan Pasangan Bahagia Selepas Waktu Kerja

#1 – Bertanya khabar

Membuat panggilan telefon sebaik sahaja habis waktu kerja di waktu petang. Menepuk bahu isteri di dapur sebaik sahaja sampai di rumah. Bertanya khabar sebaik sahaja habis waktu kerja membuat hati kita dan pasangan rasa bahagia.

#2 – Bergelak ketawa

Menonton rancangan komedi, bercerita kisah jenakan. Ini menambahkan rasa bersama apabila kita boleh bergelak ketawa bersama-sama.

#3 – Mengurut-urut bahu dan belakang

Tiada yang lebih rasa rehat di hati selain dari urutan dari pasangan. Biasakan mengurut-urut bahu pasangan membuat pasangan rasa lebih dekat dengan diri kita.

#4 – Bersenam dan bersiar-siar

Selain untuk kesihatan, bersenam bersama-sama adalah salah satu aktiviti yang pasangan bahagia lakukan selepas waktu kerja.

#5 – Memeluk pasangan

Peluk pasangan sebelum dan selepas waktu kerja.

#6 – Bertarung dalam permainan

Bertarung di dalam permainan seperti ‘board games’ adalah aktiviti yang menyeronokkan. Bersuka ria bersama pasangan membuat hati menjadi bahagia.

#7 – Bersiar-siar di waktu malam

Bersiar-siar di dalam cahaya yang suram, membuatkan seseorang mula bercakap sesuatu dari hati. Ini memupuk kejujuran dari pasangan masing-masing.

#8 – Berehat sambil menonton Netflix

Menonton rancangan TV bersama-sama adalah sangat merehatkan. Tonton sehingga tertidur bersama di depan TV.

#9 – Minum dan berbual-bual

Buat minuman jus atau teh. Minum sambil berbual-bual ringan.

#10 – Solat dan berdoa bersama-sama

Amalan yang sangat bagus untuk solat dan berdoa secara berjemaah. Menambahkan lagi keberkatan di dalam rumah tangga.

#11 – Sama-sama membuat kerja rumah

Membantu pasangan di dalam kerja rumah adalah perkara yang paling seksi dilakukan oleh lelaki.

Kongsi dengan rakan

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.