posts in
Kesihatan Wanita
1. Badan masih dalam proses recovery
2. Emosi dan fizikal penat sangat
3. Pendam - efek bukan pada kepada emosi dan badan tuan hak, tetapi pada sekeliling
Cara Mengatasi:
1. Ningxia Red setiap hari untuk tenaga dan bantu badan recover
2. Lavender - diffuse for the babies
3. Geranium untuk stabilkan hormon wanita
4. Urutan setiap minggu
5. Masa untuk diri sendiri
Resipi Air Herba Untuk Kulit Bebas Cela
1 January 2020
Resipi #1
- Kunyit
- Halia
- Asam Jawa
- Gula Melaka
- Manjakani, 2 biji
- Daun pandan
Selain untuk mencantikkan kulit, air minuman ini membantu
- Melancarkan darah haid
- Keluarkan angin dalam badan melalui kentut dan sendawa
- Badan menjadi lebih ringan
Resipi #2
- Kunyit hidup
- Halia
- Serai, 2-3 batang
- Asam jawa, 1 sudu besar dibancuh dan ditapis
- Molasses
- Halba, 1 sudu kecil
- Manjakani, 2 biji
- Madu
Faktor rambut gugur dikalangan wanita selalunya berkait rapat dengan berlakunya perubahan hormon dalam badan.
Untuk mengurangkan rambut gugur, anda boleh cuba tip ini.
Campuran asas (campuran A) adalah rosemary, lavender dan cedarwood dengan nisbah 1:1:1 dalam botol roll-on. Kemudian, boleh terus sapu pada kulit kepala sambil diurut lembut.
Anda boleh juga campur ketiga-tiga eo ini dalam krim rambut organik atau carier oil seperti minyak kelapa dara.
Tambahan dari cara di atas, anda boleh tambah dua jenis minyak lagi iaitu peppermint (eo) dan castor oil (carier oil)
Ini resipi lengkap untuk rambut sihat cara saya (campuran B) :
Rosemary
Lavender
Cedaewood
Peppermint
Virgin Coconut Oil
Castor Oil
Campuran ini anda boleh ratakan pada rambut.
Jadi, campuran A untuk kulit kepala dan campuran B untuk rambut
Saya sering menerima pertanyaan ini dari kenalan disekeliling saya. Antaranya adalah pelanggan yang datang mendapatkan terapi urutan.
Selalunya, apabila mereka datang mendapatkan urutan, perkara pertama yang diajar oleh guru saya adalah kita perlu meraikan kedatangan mereka. Kedatangan mereka selain daripada membawa rezeki - makna rezeki disini bukan sahaja berbentuk wang, malah membawa rahmat 'membersihkan' rumah atau kedai kita dari bencana atau malapetaka.
#1 Hidangkan Minuman
#2 Dapatkan Data
#3 Analisa Data
#4 Tukar Pakaian
#5 Siapkan Tempat
#6 Memulakan Urutan
#7 Hidangan Air & Nasihat
- Urutan seterusnya bergantung kepada kondisi badan serta keperluan seseorang. Jika beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, seeloknya beliau mengekalkan rutin urutan paling kurang seminggu sekali atau sekali setiap 2 minggu.
Namun jika beliau menghadapi masalah kesihatan atau ingin merawat satu-satu permasalahan, dinasihatkan agar mengurut tidak lebih dari 3 kali berturut-turut. Selepas itu, beri badan masa untuk melalui proses healing secara semulajadi. Perlu diingatkan kepada mereka bahawa pengambilan air putih secukupnya adalah crucial dalam proses ini.

Dalam kesibukan dunia hari ini, memiliki badan yang sihat adalah amat penting.
Dengan kesibukan harian, adalah mudah untuk kita stres, abaikan pemakanan yang baik dan menjalani gaya hidup yang teruk.
Pemakanan, senaman dan tabiat hidup harian akan memberi kesan besar kepada kesihatan kita untuk sepanjang hayat.
Pemakanan yang tidak bagus boleh membawa kepada pertambahan berat badan lalu mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Jika kita tidak aktif bergerak, kita juga akan naik berat badan dan tidak mendapat banyak kebaikan daripada senaman.
Merokok dan tidur dengan tidak teratur juga memberikan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan.
Badan yang sihat adalah apabila berat badan kita sihat. Jika kita lebih berat badan, itu menunjukkan kita tidak menjaga berat badan dengan baik.
Kalori adalah unit tenaga yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.
Walaupun makanan yang kita makan sedikit, tidak semestinya kalori itu sedikit. Contohnya sekeping roti canai mengandungi kalori lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Jadi, sangat penting untuk kita tahu dan kawal kalori makanan yang kita ambil.
Jika kita makan terlalu banyak kalori, berat badan kita akan bertambah.
Jumlah kalori harian yang disyorkan oleh pakar-pakar adalah bawah 2000 setiap hari.
Secara purata, pastikan kita makan 500 atau kurang bagi setiap hidangan. Dengan ini, kita akan mendapat berat badan yang baik.
Untuk membantu kita jaga kalori pemakanan, cari laman web atau app untuk kira kalori.
Diet seimbang bermaksud makan bahagian makanan (lemak, karbohidrat, serat dan protein) dengan kadar yang betul.
Kita juga mesti perbagaikan jenis makanan dalam kumpulan makanan yang sama. Memakan berbagai makanan dalam kumpulan yang sama akan membolehkan kita mendapat nutrien yang berbeza-beza.
Jika kita makan protein tetapi kurang buahan dan sayuran (serat), diet kita tidak seimbang.
Salah satu contoh diet seimbang: 85-113gm protein, 340gm sayur, 227gm buahan dan 170gm bijirin.
Sumber protein ringan adalah seperti telur dan ikan.
Sumber protein berat adalah seperti daging dan ayam.
Sumber protein ringan adalah rendah lemak dan kalori. Ini membantu kita mendapat tenaga tanpa kalori berlebihan.
Buahan dan sayuran adalah dua kumpulan makanan yang terpenting. Ia sangat kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oksida.
Banyak makan buah dan sayuran memberikan kesan kesihatan yang sangat baik seperti: menurunkan tekanan darah, mengawal gula dalam darah, mengurangkan risiko strok dan menghalang berbagai penyakit seperti kanser dan lain-lain.
Kebanyakan makanan yang telah diproses adalah berbahaya kepada kesihatan kerana tinggi kalori, lemak, gula dan bawah pengawet.
Pakar-pakar kesihatan menasihatkan agar makanan ringan ini hanya dimakan sekali-sekala sahaja.
Badan akan *dehydrated* apabila kurang air.
Pakar menasihati agar kita minum 2 liter air setiap hari.
Jika gaya hidup harian kita aktif, kita mesti minum lebih banyak air.
Seboleh mungkin, elakkan gula dalam minuman.
Vitamin dan makanan tambahan ini akan membantu menambah nutrien yang kurang dalam pemakanan.
Perlu diingati, makanan tambahan bukanlah pengganti kepada makanan. Kita mesti mengamalkan pemakanan yang sihat dan makanan tambahan adalah sokongan.
Senaman kardio adalah senaman yang bagus untuk diamalkan secara konsisten.
Mengamalkan senaman secara konsisten boleh menambah baik kualiti tidur, melancarkan aliran darah, mengawal berat badan, menstabilkan tekanan darah dan menambah keyakinan diri.
Pakar kesihatan memberi nasihat untuk mengamalkan senaman 150 minit seminggu (30 minit, 5 kali seminggu).
Cubalah untuk buat kepelbagaian dalam senaman: berjalan, joging, menari, berenang, berbasikal dan mendaki.
Gaya kerja pejabat membuat kita menghabiskan berjam-jam sehari di atas kerusi. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Cuba untuk bangun dari kerusi setiap 30 atau 50 minit. Kurangkan penggunaan lif dan gunakan tangga.
Merokok dikaitkan dengan macam-macam penyakit seperti: kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit dalam mulut.
Tidur 7-9 jam sehari. Jangan tidur lewat. Amalan yang bagus adalah tidur awal dan bangun awal.
Satu jam sebelum tidur, tutup semua tv, radio, telefon pintar dan laptop. Semua benda ini membuatkan kita sukar untuk tidur.
Jiwa yang tidak tenang mengakibatkan sistem dalam badan menjadi huru-hara.
Jika anda seorang muslim, cuba banyakkan membaca Al-Quran dan hadir ke kuliah-kuliah agama di masjid.
Kalau anda bukan muslim, banyak keluar berbual dengan rakan-rakan karin dan keluarga. Baca buku-buku motivasi dan dapatkan khidmat terapis jika perlu.
Setiap kali berjumpa doktor, dia akan membuat pemeriksaan terhadap kesihatan kita. Cuba untuk berjumpa doktor yang sama. Ini membolehkan dia menyimpan rekod kesihatan kita dengan banyak dan memberikan nasihat yang terbaik.
Dengan kesibukan harian, adalah mudah untuk kita stres, abaikan pemakanan yang baik dan menjalani gaya hidup yang teruk.
Pemakanan, senaman dan tabiat hidup harian akan memberi kesan besar kepada kesihatan kita untuk sepanjang hayat.
Pemakanan yang tidak bagus boleh membawa kepada pertambahan berat badan lalu mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Jika kita tidak aktif bergerak, kita juga akan naik berat badan dan tidak mendapat banyak kebaikan daripada senaman.
Merokok dan tidur dengan tidak teratur juga memberikan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan.
Amalan pemakanan sihat
Kawal kalori harian
Kalori adalah unit tenaga yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.
Walaupun makanan yang kita makan sedikit, tidak semestinya kalori itu sedikit. Contohnya sekeping roti canai mengandungi kalori lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Jadi, sangat penting untuk kita tahu dan kawal kalori makanan yang kita ambil.
Jika kita makan terlalu banyak kalori, berat badan kita akan bertambah.
Jumlah kalori harian yang disyorkan oleh pakar-pakar adalah bawah 2000 setiap hari.
Secara purata, pastikan kita makan 500 atau kurang bagi setiap hidangan. Dengan ini, kita akan mendapat berat badan yang baik.
Untuk membantu kita jaga kalori pemakanan, cari laman web atau app untuk kira kalori.
Makan diet seimbang
Pengambilan kalori juga perlu digabung dengan pengambilan diet seimbang.Diet seimbang bermaksud makan bahagian makanan (lemak, karbohidrat, serat dan protein) dengan kadar yang betul.
Kita juga mesti perbagaikan jenis makanan dalam kumpulan makanan yang sama. Memakan berbagai makanan dalam kumpulan yang sama akan membolehkan kita mendapat nutrien yang berbeza-beza.
Jika kita makan protein tetapi kurang buahan dan sayuran (serat), diet kita tidak seimbang.
Salah satu contoh diet seimbang: 85-113gm protein, 340gm sayur, 227gm buahan dan 170gm bijirin.
Makan protein dari sumber ringan
Protein adalah komponen penting dalam pemakanan. Ia adalah bahan asas untuk berbagai fungsi dalam badan seperti otot, pembentukan sel dan menyokong sistem imunisasi.Sumber protein ringan adalah seperti telur dan ikan.
Sumber protein berat adalah seperti daging dan ayam.
Sumber protein ringan adalah rendah lemak dan kalori. Ini membantu kita mendapat tenaga tanpa kalori berlebihan.
Jadikan separuh daripada setiap hidangan adalah buahan dan sayuran
Banyak makan buah dan sayuran memberikan kesan kesihatan yang sangat baik seperti: menurunkan tekanan darah, mengawal gula dalam darah, mengurangkan risiko strok dan menghalang berbagai penyakit seperti kanser dan lain-lain.
Elakkan makanan ringan dan makanan yang telah diproses
Pakar-pakar kesihatan menasihatkan agar makanan ringan ini hanya dimakan sekali-sekala sahaja.
Minum banyak air kosong setiap hari
Pakar menasihati agar kita minum 2 liter air setiap hari.
Jika gaya hidup harian kita aktif, kita mesti minum lebih banyak air.
Seboleh mungkin, elakkan gula dalam minuman.
Ambil vitamin dan makanan tambahan
Perlu diingati, makanan tambahan bukanlah pengganti kepada makanan. Kita mesti mengamalkan pemakanan yang sihat dan makanan tambahan adalah sokongan.
Kekalkan kesihatan badan dengan senaman
Buat senaman kardio
Mengamalkan senaman secara konsisten boleh menambah baik kualiti tidur, melancarkan aliran darah, mengawal berat badan, menstabilkan tekanan darah dan menambah keyakinan diri.
Pakar kesihatan memberi nasihat untuk mengamalkan senaman 150 minit seminggu (30 minit, 5 kali seminggu).
Cubalah untuk buat kepelbagaian dalam senaman: berjalan, joging, menari, berenang, berbasikal dan mendaki.
Perbanyakkan pergerakan badan setiap hari
Cuba untuk bangun dari kerusi setiap 30 atau 50 minit. Kurangkan penggunaan lif dan gunakan tangga.
Ubah gaya hidup
Berhenti merokok
Jika anda seorang perokok, berusahalah sedaya-upaya untuk berhenti merokok.Merokok dikaitkan dengan macam-macam penyakit seperti: kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit dalam mulut.
Tidur dengan cukup
Kurang tidur memberi akibat: naik berat badan, bertambah lapar, keletihan, dan kurang fokus.Tidur 7-9 jam sehari. Jangan tidur lewat. Amalan yang bagus adalah tidur awal dan bangun awal.
Satu jam sebelum tidur, tutup semua tv, radio, telefon pintar dan laptop. Semua benda ini membuatkan kita sukar untuk tidur.
Elak stres
Boleh dikatakan semua penyakit ada kaitan dengan stres.Jiwa yang tidak tenang mengakibatkan sistem dalam badan menjadi huru-hara.
Jika anda seorang muslim, cuba banyakkan membaca Al-Quran dan hadir ke kuliah-kuliah agama di masjid.
Kalau anda bukan muslim, banyak keluar berbual dengan rakan-rakan karin dan keluarga. Baca buku-buku motivasi dan dapatkan khidmat terapis jika perlu.
Jumpa doktor secara kerap
Doktor adalah orang yang mempunyai kepakaran untuk kesihatan kita. Berilah kepercayaan kepada doktor dan sentiasa dapatkan nasihat-nasihat daripadanya dengan kerap.Setiap kali berjumpa doktor, dia akan membuat pemeriksaan terhadap kesihatan kita. Cuba untuk berjumpa doktor yang sama. Ini membolehkan dia menyimpan rekod kesihatan kita dengan banyak dan memberikan nasihat yang terbaik.
Tak Perlu Putih Untuk Cantik! Belajar Sayangi Kulit Sendiri Tak Kira Apa Tona Warnanya
9 February 2018
Saya terlihat status aktres lokal - Nabila Huda yang 'sound' penjual produk pemutih kulit di IG. Win!!
Semasa sambung diploma dulu, saya tinggal di kolej dengan 2 orang lagi roomate. Masing-masing dari Kelantan dan Kedah dan kami dalam kursus yang sama. Tanpa dirancang, pada semester satu kami berada dalam satu kelas untuk kesemua subjek yang diambil. Jadi, hampir setiap kami akan ke kelas bersama-sama. Jarak kelas dan kolej agak jauh, tambahan lagi kampus kami terletak di atas bukit.
Setiap kali kami berjalan, pasti banyak mata yang memandang ke arah kami. Tak kurang ada yang cuba mengayat. Yang pasti, all the spotlight, perhatian tertumpu pada kawan saya yang berasal dari Kedah, Nurul.
Nurul memiliki tubuh yang kecil molek, raut wajah baby face, kulit yang putih dan flawless, bibir dan pipi kemerah-merahan walaupun tanpa mekap dan kening yang terbentuk dan lebat. Walaupun bermata sedikit sepet, yang pasti Nurul berada dalam kategori 'laku keras'.
Berbanding saya dan seorang lagi kawan, Angah, kulit kami seperti kebanyakan gadis nusantara, kulit kuning langsat atau sawa matang, tanpa sebarang cela di wajah. Namun, disebabkan perbezaan ini Angah memilih untuk ke kelas atau kemana-mana tanpa Nurul. Angah pernah menyatakan perasaannya yang beliau malu untuk berjalan dengan Nurul kerana beliau merasa rendah diri dan rasa tidak cantik. Semua orang memuji-muji Nurul. Seolah-olah tiada siapa yang perasan kewujudannya walau hanya berdiri di sebelah Nurul.
Pada semester kedua, angah memilih untuk tidak mengambil kelas yang sama dengan Nurul.
Ia berpunca dari persepsi yang semakin membarah di kalangan masyarakat kita. Di mana-mana, pasti ada statement yang berbaur 'double-standard' mendoktrin pemikiran-pemikiran orang kita yang melabel orang berkulit gelap tidak cantik. Sehinggakan ada anak kecil seusia 5 tahun sudah pandai melabel dirinya tidak cantik sebab memiliki kulit yang gelap!
Jika kita tidak membendung pemikiran yang cetek seperti ini, tidak mustahil 3 hingga 10 tahun akan datang Malaysia akan terkenal dengan wanita yang memiliki masalah kulit yang kronik dan self-esteem yang sangat rendah.
Hentikan propaganda putih itu cantik.
Hentikan kempem dan iklan-iklan yang mengagung-agungkan kulit putih.
Putih tak semestinya cantik.
Kulit yang sihat itulah cantik.
Keyakinan yang tinggi itulah cantik.
Personaliti yang tersendiri itulah kecantikan yang sebenar.
Kulit yang sihat itulah cantik.
Keyakinan yang tinggi itulah cantik.
Personaliti yang tersendiri itulah kecantikan yang sebenar.
Perkongsian menarik dari Angela Duckworth mengenai hubungkait antara kekuatan dalaman, kejayaan seseorang dan berapa jauh dia boleh cipta kejayaannya sendiri.
Menurut beliau, bijak atau pandai semasa di sekolah, dunia pekerjaan, atau realiti kehidupan yang sebenar bukan bergantung kepada berapa cepat sesorang itu belajar atau adapt. Bukan juga terletak pada kekuatan IQ yang tinggi atau kehebatan seseorang itu bersosial.
Hasil kajian beliau dan tim mendapati bahawa - individu yang berjaya; adalah individu yang mempunyai SEMANGAT, KETABAHAN dan BERTERUSAN terhadap matlamat jangka masa yang panjang - ia dipanggil 'Grit'.
Grit adalah 'setia' pada matlamat jangka masa panjang.
Grit adalah menjalani day-to-day life ke arah matlamat kita secara maraton, bukan secara memecut.
Sangat beruntung kita sebagai seorang muslim, kita sudah dipersiapkan oleh ALLAH SWT dengan berbekalkan Islam sebagai cara hidup dan Al-Quran sebagai manual/panduan - yang mana, saluran fokus semangat, ketabahan, berterusan bukan pada matlamat jangka masa panjang seperti yang dikongsi oleh Angela, tapi pada satu-satunya matlamat paling teratas, paling utama, terawal dan terakhir dan ia adalah MATLAMAT YANG MUKTAMAD - iaitu KEHIDUPAN SELEPAS KITA MATI, KEHIDUPAN YANG ABADI DI AKHIRAT KELAK.
Manakala kunci untuk mencapai matlamat ini terletak pada istiqamah.
Bagaimana kita boleh beristiqamah dalam kehidupan yang banyak dengan 'noise' dan 'disturbance'? Yang banyak mengganggu gugat fokus dan prioriti kita?
Adakah ia terletak pada 'growth mindset' - seperti yang diutarakan oleh Angela?
Ada yang memilih untuk membuat sendiri produk penjagaan kulit.
Ini adalah 3 perkara penting apabila kita memilih untuk membuat produk sendiri.
#1 Steril
Rutin yang paling penting apabila membuat sendiri produk dirumah secara handmade adalah pastikan semua perkakas disteril.Cara paling mudah untuk steril barangan adalah dengan menggunakan air yang mendidih; konsep yang sama apabila steril botol susu bayi.
Cara kedua adalah menggunakan microwave.
- air panas
- alkohol spray
#2 Guna Bekas yang Sesuai
Sesetengah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit atau badan adalah sensitif terhadap barangan plastik.
Oleh itu, bagi setiap bahan yang digunakan, anda perlu tahu cara penyimpanan yang terbaik.
Contoh: 'Essential oil' perlu disimpan dalam bekas kaca jenis amber bewarna gelap. Oleh itu, jika produk yang dihasilkan ada menggunakan minyak ini, anda perlu mempertimbangkan penggunaan bekas kaca (walaupun kaca agak berat berbanding plastik - jika anda menjual produk yang dihasilkan, secara langsung peningkatan kos pengendalian dan penghantaran perlu dimasukkan secara tepat dalam 'costing')
Jika anda perasan, minyak kelapa dara yang terbaik menggunakan bekas kaca yang gelap bagi memastikan kualitinya terjaga. Minyak kelapa banyak digunakan dalam proses pembuatan sabun, minyak urut atau minyak angin sebagai 'carrier oil'. Jika anda mahu menggunakan minyak kelapa dara, pilihan terbaik adalah jenis perahan sejuk.
#3 Guna Air Suling
Air suling adalah air tanpa sebarang mineral di dalamnya. Penggunaan air suling dalam pembuatan produk secara DIY dirumah adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kehadiran mineral yang boleh mempengaruhi tindakbalas bahan-bahan yang digunakan.Jodoh Akan Sampai Tepat Pada Waktunya
10 February 2017
Pada minggu lepas, saya menghantar kawan pulang ke rumahnya. Pada waktu itu, saya rasa ingin makan ais cendul. Memang ais cendul adalah makanan kegemaran saya. Saya bertanya kepada kawan saya itu, adakah di sekitar rumahnya ada gerai yang menjual ais cendul. Dia berkata ada, tapi kadang-kadang gerai itu tidak buka. Akhirnya saya memberitahu, tidak mengapalah, saya mencari di tempat lain dalam perjalanan pulang.
Saya memandu kereta dengan 'mode' bersiar-siar, mencari-cari gerai cendul dalam perjalanan pulang. Saya cuba melalui lorong-lorong yang tidak pernah saya lalui. Ketika itu, panas agak terik, memang sedap kalau ada ais cendul.
Saya tidak bertemu dengan satu gerai pun yang menjual ais cendul. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membeli teh o ais di restoran sahaja. Saya singgah di sebuah restoran, saya beli satu teh o ais dan goreng pisang RM2. Saya terus makan di situ. Selesai makan saya pulang ke rumah.
Namun begitu, berlaku sesuatu yang saya tidak sangka semasa dalam perjalanan dari restoran ke rumah. saya ternampak ada satu gerai menjual ais cendul. Tetapi, perut saya sudah penuh untuk minum ais cendul. Saya memandu kereta melepasi penjual ais cendul begitu sahaja.
Saya terfikir, kalau saya meneruskan usaha mencari sedikit sahaja lagi saya pasti berjumpa dengan penjual ais cendul itu. Tetapi tidak, saya telah berhenti mencari ketika sedikit sahaja lagi saya hampir menjumpainya. Dalam karya barat, situasi seperti ini disebut 'three steps from gold.' Saya hanya perlukan tiga langkah sahaja lagi untuk menemui 'emas' tersebut.
Semasa berlalu melepasi penjual ais cendul itu, saya terfikir tentang jodoh.
Ia sama seperti jodoh. Kita mesti bersabar, dan redha dengan apa yang Allah tentukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

Social Icons