Lepas Ini Saya Tak Perlu Lagi Beli Sos Keropok. Rupa-rupanya Senang Saja Nak Buat...

25 January 2018

Dua (2) minggu lepas, saya hadiri kuliyah dhuha oleh Ustazah Norhafizah anjuran Masjid Ar-Ridhuan Ulu Kelang dan terbeli keropok lekor yang dijual di perkarangan masjid.

Selalunya, saya akan beli sos extra kerana sos yang dibekalkan agak sedikit untuk penggemar keropok lekor seperti saya. Jadi, dengan penuh sopan, saya minta dengan sos lebih dengan kakak yang menjual keropok memandangkan tiada sos dalam botol dijual berasingan.

Sedih sekali bila kakak tu cakap sos yang ada cukup-cukup je dengan bungkusan keropok yang dia ada.

Dan, sejak dari hari itu saya berazam saya nak buat sendiri je sos keropok yang kaw!

Selepas 2 minggu, akhirnya...



Resipi Sos Keropok Lekor Yang Telah Saya Cuba
Rating: 

4 cawan air
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula perang (saya guna gula putih biasa)
2 sudu besar asam jawa, dicampur dengan 1 cawan air - buang biji dan tapis
1 cawan chili flakes (saya guna segenggam penuh cili kering supaya lebih pedas - blend)
100 gm gula melaka
Secubit garam

Optional:
4 biji bawang putih
sedikit sos tiram (saya tak masukkan, takut rasa jadi pelik)
sedikit cuka (saya tak masukkan kerana rasa masam asam jawa sudah memadai)

1. Reneh kesemua campuran di atas selama 20-30 minit.
2. Untuk memekatkan sos, masukkan bancuhan 1 sudu besar tepung jagung dengan 2 sudu besar air.
3. Biarkan seketika sambil kacau. Tutup api.

Sumber resipi: Internet



Saya Cuba Konsisten Amal Black Seed Oil Dan Ini Adalah Reaksi Badan Saya

18 January 2018


Saya dikunjungi adik ipar sekeluarga dari Kota Bharu. Tiga orang anaknya masing-masing berumur 4 tahun, 2 tahun dan setahun.

Pagi itu, suami saya bersama adiknya keluar kerana ada urusan. Sewaktu mereka baru hendak melangkah keluar, si kakak yang sulung dan adik-adiknya sudah bangun dari tidur. Bila melihat sahaja ayahnya sudah berada di muka pintu, si kakak mulai menangis. Lama kelamaan semakin kuat dan akhirnya tangisannya disertai oleh dua adiknya, Fateh dan Umar.

Walau selepas beberapa minit ayahnya telah pergi, mereka masih lagi menangis dengan sangat kuat dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Nasib baik jugalah ibu saudaranya yang seorang ini panjang akal - semasa Asma', kakak yang sulung meraung (baca menangis ;p), saya mengambil sebotol minyak habbatus sauda yang kebetulan hampir dengan saya lalu menekan pump terus ke dalam mulut Asma'.

Ajaibnya, tangisan yang tadi tidak nampak akan reda tiba-tiba terus terhenti. Sedikit suara langsung tidak kedengaran. Yang ada depan saya ketika itu hanya satu wajah kecil tidak bersalah yang berada dalam keadaan keliru campur terkejut.

'Berkesan!'

Dengan ketawa yang hampir terhambur keluar, saya terus menekan pump minyak ke dalam mulut Fateh dan Umar. Sekali lagi keajaiban berlaku. Diam terus.

Akhirnya ketawa saya meledak tidak tertahan. Si kakak yang tadi keliru mulai faham, dan ketawa melihat muka adik-adiknya yang kebingungan.

***

Sebenarnya, rasa Minyak Habbatus Sauda tidaklah seteruk reaksi dan mimik muka ketiga-tiga anak buah saya.

Bila diamati, selepas beberapa titis atau satu pump minyak dikemam, ada satu after-taste yang agak unik dan eksotik. Rasa berempah dan sedikit pedas pada minyak membangkitkan minda.

Saya pernah mengambil minyak habbatus sauda bersama susu kambing, madu, serbuk kulit kayu manis, kunyit dan lada hitam sewaktu datang bulan. Ia sangat membantu badan saya kekal panas dan melancarkan sistem buangan*.

Sebelum saya komit dengan mana-mana supplement atau produk, saya akan membuat kajian terperinci - dari membaca cerita-cerita orang yang telah menggunakannya sehinggalah membedah research journal.

Namun, saya sangat tertarik dengan satu makanan ini setelah membaca hadis berkenaan dengannya!

Saya memutuskan untuk cuba amalkan apabila terdapat banyak kajian-kajian saintifik yang mendokong kebaikan beramal dengan habbatus sauda (black seed).

Salah satu kajian yang saya baca menyatakan bahawa dengan mengambil black seed ini tidak memberi kesan sampingan sebagaimana ubat-ubatan komersil.

Dengan perasaan yang teruja untuk cuba, saya mulakan misi mencari black seed oil yang terbaik - yang diperah secara sejuk tanpa menggunakan haba.

Saya diketemu dengan satu kilang lokal yang mengekstrak minyak dari biji habbatus sauda.

Kesan Sampingan atau Reaksi?


Sudah lebih 10 kali saya cuba untuk amalkan minyak ini sejak tahun lepas. Dan lebih 10 kali juga saya putuskan untuk berhenti mengambil supplemen ini.

Ada kawan yang mengetahui situasi saya bertanya sebab saya tidak meneruskan pengambilan minyak ini.

Jawapannya ada jelas pada muka saya - iaitu di bahagian pipi kanan.

Rupanya seperti jerawat. Kemerah-merahan dan saiz agak besar berbanding jerawat biasa. Biasanya, saya akan quit pengambilan minyak ini sehari atau satu pump selepas saya consume.

Saya mula tertanya, adakah ia kesan sampingan atau ia cuma reaksi awal badan sahaja?

Cuba Lagi.

Namun, untuk ke sekalian kalinya, saya tidak putus asa mencuba dan bereksperimen - kerana keyakinan yang tinggi terhadap manfaat dan kebaikan yang ada pada habbatus sauda.

Hari ini adalah hari ke-10 saya paksa diri untuk cuba teruskan - walaupun dengan sebiji jerawat masih belum menunjukkan tanda untuk surut.

Tinggalkan komen anda di bawah jika mahu ikuti perkembangan selanjutnya :)







Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.