29 May 2018

Assalamualaikum tuan/cikpuan..

Salam ramadhan yang ke-13 . Untuk peringatan kita bersama, tinggal lagi 6 hari sebelum kita masuk 10 ramadhan yang terakhir.

Sudah bersediakah kita?

Antara persiapan yang boleh dibuat sekarang untuk menghadapi 10 ramadhan terakhir dengan tenang dan bertenaga adalah MENGURUSKAN MASA DENGAN EFISYEN.

#1 PASTIKAN KELENGKAPAN RAYA SEPERTI BAJU RAYA AHLI KELUARGA DAH SIAP PACKING

Jangan beli last minute.
Banyak buang masa dengan beratur atau tunggu abang posmen hantar...silap haribulan boleh terbabas delivery lepas raya. Haru!

Pilihan lain adalah anda boleh dapatkan baju melayu di www.instagram.com/bajumelayu2u/

Ada banyak pilihan warna dan pengeposan terakhir pada 5 Jun 2018 (Selasa) bersamaan dengan 20 Ramadhan.

#2 PASTIKAN BISKUT & KUIH MUIH DAH ADA DI SEBELAH BAJU-BAJU RAYA
(DAN SIAP PACKING SERTA DI SEAL DENGAN KEMAS)

Elakkan buat biskut raya last minute (kalau boleh). Yang penting, bajet masa anda supaya tak penat untuk bangun malam pada 10 malam terakhir nanti.

Pastikan juga balang-balang biskut anda serta kerepek di seal dengan kemas untuk mengelakkan mwmbawa balik balang dan plastik kosong ;)

#3 SENARAI BARANG DAN PERKAKAS MEMASAK DI KAMPUNG LENGKAP SUPAYA MENYENANGKAN PROSES MEMBELI DI SAAT AKHIR.

Jika boleh, barang keperluan memasak yang kering dan frozen dah ada pun dalam peti.

Senang nanti nak pre-cook sebelum balik kampung. Tinggal bawa balik pre-cook je...malam raya atau pagi-pagi raya boleh campak je...

Jangan lupa pressure cooker noxxa atau philips anda...ia sangat membantu di saat-saat akhir

#4 TANAM AZAM DAN BERDOA PADA ALLAH AGAR DITEMUKAN DENGAN MALAM LAILATUL QADAR

Dari Nabi Muhammad S.A.W, bahawasanya beliau bersabda:

“Barangsiapa yang menjalankan solat pada malam Lailatul Qadr sebanyak 2 (dua) rakaat, didalam setiap rakaatnya setelah membaca Al Fatihah (1) satu kali, kemudian membaca surat Al-Ikhlas 7 (tujuh) kali dan setelah salam membaca Astaghfirullahal azhiim wa atubu ilaih 70 (tujuh puluh) kali, maka selama dia mendirikannya Allah akan mengampuni dirinya dan kedua orang tuanya dan Allah Ta’ala akan mengutus Malaikat untuk menanam (untuknya) pepohonan di Syurga, membangun gedung-gedung dan mengalirkan sungai-sungai didalamnya, dan dia (orang yg menjalankan solat Lailatul Qadr) tidak akan keluar dari dunia sehingga dia pernah melihat seluruhnya.“
(HR: Ibnu Abbas)

#5 MULA KUMPUL, HAFAL DOA-DOA PENTING

Buat satu buku. Semua doa yang anda mahu minta dari Allah ditulis agar mudah hafal.

Jangan lupa sepotong doa ini - iaitu doa yang WAJIB DIBACA APABILA BERTEMU DENGAN LAILATUL QADAR

Doalah bersungguh-sungguh

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي


Allahumma Innaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa, Fa'fu 'Anni
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau mencintai  orang yang meminta ampun maka ampunkanlah aku.

#6 PALING KURANG, CUBA HAYATI MAKNA SETIAP BACAAN DALAM SOLAT

Jika perhatikan balik makna bacaan solat, sebenarnya ia penuh dengan puji-pujian dan doa.

Anda kata doa yang anda nak hafal tu tak boleh nak ingat sekalipun, jika anda hayati setiap makna bacaan solat sampai boleh menitik air mata...itu lagi bagus..

Tapi jangan risau, boleh saja anda berdoa dalam bahasa melayu (tetapi bukan dalam solat...nanti batal pula solat tu)

Yang penting penghayatan dan sungguh-sungguh meminta

#7 HADIR MAJLIS ILMU

Tak cukup dengan perkongsian ini sahaja. Anda mesti tuntut ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu lebih-lebih lagi berkenaan dengan Lailatul Qadar...

Sangat rugi bagi kita yang berpuasa penuh tapi tidak bertemu dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Paksa diri anda, isteri/suami anda, anak-anak, kaum kerabat dan sahabat-sahabat untuk turut serta.

Kita nak masuk syurga sama-sama, kan?

Pesanan untuk diri sendiri,
www.twitter.com/nuraziatie

Hindari Penyakit dengan Amalan Sihat Sepanjang Hayat

1 May 2018

Dalam kesibukan dunia hari ini, memiliki badan yang sihat adalah amat penting.
Dengan kesibukan harian, adalah mudah untuk kita stres, abaikan pemakanan yang baik dan menjalani gaya hidup yang teruk.

Pemakanan, senaman dan tabiat hidup harian akan memberi kesan besar kepada kesihatan kita untuk sepanjang hayat.
Pemakanan yang tidak bagus boleh membawa kepada pertambahan berat badan lalu mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Jika kita tidak aktif bergerak, kita juga akan naik berat badan dan tidak mendapat banyak kebaikan daripada senaman.

Merokok dan tidur dengan tidak teratur juga memberikan kesan yang sangat buruk kepada kesihatan.

Amalan pemakanan sihat

Kawal kalori harian




Badan yang sihat adalah apabila berat badan kita sihat. Jika kita lebih berat badan, itu menunjukkan kita tidak menjaga berat badan dengan baik.

Kalori adalah unit tenaga yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

Walaupun makanan yang kita makan sedikit, tidak semestinya kalori itu sedikit. Contohnya sekeping roti canai mengandungi kalori lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Jadi, sangat penting untuk kita tahu dan kawal kalori makanan yang kita ambil.

Jika kita makan terlalu banyak kalori, berat badan kita akan bertambah.
Jumlah kalori harian yang disyorkan oleh pakar-pakar adalah bawah 2000 setiap hari.
Secara purata, pastikan kita makan 500 atau kurang bagi setiap hidangan. Dengan ini, kita akan mendapat berat badan yang baik.

Untuk membantu kita jaga kalori pemakanan, cari laman web atau app untuk kira kalori.

Makan diet seimbang

Pengambilan kalori juga perlu digabung dengan pengambilan diet seimbang.
Diet seimbang bermaksud makan bahagian makanan (lemak, karbohidrat, serat dan protein) dengan kadar yang betul.


Kita juga mesti perbagaikan jenis makanan dalam kumpulan makanan yang sama. Memakan berbagai makanan dalam kumpulan yang sama akan membolehkan kita mendapat nutrien yang berbeza-beza.
Jika kita makan protein tetapi kurang buahan dan sayuran (serat), diet kita tidak seimbang.

Salah satu contoh diet seimbang: 85-113gm protein, 340gm sayur, 227gm buahan dan 170gm bijirin.

Makan protein dari sumber ringan 

Protein adalah komponen penting dalam pemakanan. Ia adalah bahan asas untuk berbagai fungsi dalam badan seperti otot, pembentukan sel dan menyokong sistem imunisasi.



Sumber protein ringan adalah seperti telur dan ikan.

Sumber protein berat adalah seperti daging dan ayam.

Sumber protein ringan adalah rendah lemak dan kalori. Ini membantu kita mendapat tenaga tanpa kalori berlebihan.

Jadikan separuh daripada setiap hidangan adalah buahan dan sayuran 




Buahan dan sayuran adalah dua kumpulan makanan yang terpenting. Ia sangat kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oksida.

Banyak makan buah dan sayuran memberikan kesan kesihatan yang sangat baik seperti: menurunkan tekanan darah, mengawal gula dalam darah, mengurangkan risiko strok dan menghalang berbagai penyakit seperti kanser dan lain-lain.

Elakkan makanan ringan dan makanan yang telah diproses 


Kebanyakan makanan yang telah diproses adalah berbahaya kepada kesihatan kerana tinggi kalori, lemak, gula dan bawah pengawet.

Pakar-pakar kesihatan menasihatkan agar makanan ringan ini hanya dimakan sekali-sekala sahaja.

Minum banyak air kosong setiap hari


Badan akan *dehydrated* apabila kurang air.
Pakar menasihati agar kita minum 2 liter air setiap hari.

Jika gaya hidup harian kita aktif, kita mesti minum lebih banyak air.

Seboleh mungkin, elakkan gula dalam minuman.

Ambil vitamin dan makanan tambahan 


Vitamin dan makanan tambahan ini akan membantu menambah nutrien yang kurang dalam pemakanan.

Perlu diingati, makanan tambahan bukanlah pengganti kepada makanan. Kita mesti mengamalkan pemakanan yang sihat dan makanan tambahan adalah sokongan.

Kekalkan kesihatan badan dengan senaman

Buat senaman kardio 


Senaman kardio adalah senaman yang bagus untuk diamalkan secara konsisten.
Mengamalkan senaman secara konsisten boleh menambah baik kualiti tidur, melancarkan aliran darah, mengawal berat badan, menstabilkan tekanan darah dan menambah keyakinan diri.

Pakar kesihatan memberi nasihat untuk mengamalkan senaman 150 minit seminggu (30 minit, 5 kali seminggu).

Cubalah untuk buat kepelbagaian dalam senaman: berjalan, joging, menari, berenang, berbasikal dan mendaki.

Perbanyakkan pergerakan badan setiap hari 


Gaya kerja pejabat membuat kita menghabiskan berjam-jam sehari di atas kerusi. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Cuba untuk bangun dari kerusi setiap 30 atau 50 minit. Kurangkan penggunaan lif dan gunakan tangga.

Ubah gaya hidup

Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, berusahalah sedaya-upaya untuk berhenti merokok.


Merokok dikaitkan dengan macam-macam penyakit seperti: kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit dalam mulut.

Tidur dengan cukup 

Kurang tidur memberi akibat: naik berat badan, bertambah lapar, keletihan, dan kurang fokus.
Tidur 7-9 jam sehari. Jangan tidur lewat. Amalan yang bagus adalah tidur awal dan bangun awal.

Satu jam sebelum tidur, tutup semua tv, radio, telefon pintar dan laptop. Semua benda ini membuatkan kita sukar untuk tidur.

Elak stres 

Boleh dikatakan semua penyakit ada kaitan dengan stres.
Jiwa yang tidak tenang mengakibatkan sistem dalam badan menjadi huru-hara.

Jika anda seorang muslim, cuba banyakkan membaca Al-Quran dan hadir ke kuliah-kuliah agama di masjid.

Kalau anda bukan muslim, banyak keluar berbual dengan rakan-rakan karin dan keluarga. Baca buku-buku motivasi dan dapatkan khidmat terapis jika perlu.

Jumpa doktor secara kerap 

Doktor adalah orang yang mempunyai kepakaran untuk kesihatan kita. Berilah kepercayaan kepada doktor dan sentiasa dapatkan nasihat-nasihat daripadanya dengan kerap.

Setiap kali berjumpa doktor, dia akan membuat pemeriksaan terhadap kesihatan kita. Cuba untuk berjumpa doktor yang sama. Ini membolehkan dia menyimpan rekod kesihatan kita dengan banyak dan memberikan nasihat yang terbaik.

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.