MITOS atau FAKTA? Kandungan Nutrisi di dalam Minyak Kelapa yang Sangat Bagus untuk Kesihatan Tubuh Badan

2 December 2016


Dalam masyarakat kita, selalunya jika lihat makanan bergoreng dan berminyak, kita akan kaitkan dengan kegemukkan atau makanan yang tidak sihat.
Sehinggakan ada sebahagian dari kita yang cuba elak mengambil makanan yang berminyak - atau minyak itu sendiri - kerana takutkan kolestrol yang mungkin terkandung dalam makanan tersebut.
Sebenarnya, tidak semua minyak tidak baik untuk kesihatan.

Seperti kebanyakan minyak yang berasaskan dari tumbuh-tumbuhan yang lain, minyak kelapa dara TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL.

Lebih dari 85% lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara adalah dari jenis 'medium-chain triglycerides' atau lebih dikenali sebagai 'medium chain fatty acids' (MCFA's). Kebaikan minyak dengan kandungan MCFA adalah ia senang diproses oleh badan dan menjadi sumber tenaga kepada tubuh manusia.
Terdapat tiga (3) jenis asid lemak dalam minyak kelapa dara; iaitu:
1) Asid Laurik
2) Asid Capric
2) Asid Caprylic
Minyak kelapa dara bersifat anti-viral, anti-mikrob dan anti-bakteria penyebab pelbagai masalah kesihatan.
Cara pengambilan minyak kelapa dara yang terbaik adalah diambil secara oral dan TANPA melalui proses 'refined' atau melalui proses pemanasan.

Mesti Cuba - Latte Kunyit yang Sangat Sedap dan Tinggi khasiat

23 October 2016

Panaskan Badan Dengan Minuman Ini - Sangat Disyorkan Untuk Wanita Berpantang Selepas Bersalin atau Datang Bulan



Kunyit adalah salah satu herba yang banyak digunakan dalam perubatan alternatif oleh masyarakat berbangsa india; atau lebih dikenali sebagai Ayurveda. Namun begitu, kunyit juga tidak asing dikalangan kaum melayu bahkan ia merupakan 'herba penawar' yang digunakan secara meluas untuk tujuan kesihatan oleh masyarakat timur.

Kunyit sangat terkenal dengan sifatnya sebagai anti-oksida, anti-inflamasi, anti-bakteria dan anti-mikrob yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik dan merbahaya. Baca selanjutnya tentang khasiat kunyit di Kunyit - Herba Penawar Tradisi Timur.

Penggunaan kunyit tidak terhad untuk masakan, bahkan ia boleh diambil sebagai salah satu minuman kesihatan yang sangat sedap - seperti Turmeric Milk/Latte atau susu kunyit. Dalam Ayurveda, susu kunyit ini (nama yang dimodenkan adalah latte :)) lebih dikenali sebagai 'haldi doodh'.



Selain teh susu yang dicampur halia, latte kunyit ini juga menjadi kegemaran saya terutamanya apabila waktu menstrual. Ia sangat membantu melegakan perut kembung, membantu mengeluarkan angin serta memanaskan badan. Sangat sesuai untuk ibu yang berpantang (ambil dalam kadar yang sederhana jika breastfeed).

Jika mahu cuba, anda boleh ikuti resipi di bawah.

*Saya lebih suka menggunakan kunyit dan halia hidup masing-masing sebanyak 2 dan 1 inci. Untuk lada hitam saya guna sebanyak 5 biji.

Kesemua bahan dikisar sehingga hancur dan sebati sebelum dipanaskan di atas dapur.

Disebabkan tekstur menjadi berhampas, saya tapis sebatian susu tersebut dan tinggalkan satu sudu kecil hampas yang telah ditapis supaya rasanya lebih 'kick'.

Ternyata, rasanya agak 'mewah' dengan rempah dan manis yang terasa dihujung lidah.

Sediakan;

1 cawan susu badam (boleh diganti dengan santan segar atau susu segar)
1 sudu teh minyak kelapa dara
1-2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
secubit serbuk lada hitam
sedikit halia muda yang diparut halus
Madu sebagai pemanis

Seterusnya;

Masukkan kesemua bahan kecuali madu ke dalam periuk. Panas sehingga hampir gelegak sambil dikacau sebati. Matikan api dan hidangkan. Anda boleh tapis jika terdapat hampas atau serbuk yang kasar. Paling nikmat adalah minum ketika masih suam dan dicampurkan dengan madu sebagai pemanis asli.







DIY Skrub Bibir Menggunakan Bahan-Bahan di Dapur

21 October 2016


Semasa sesi fotografi baru-baru ini, jurumekap menegur bibir saya yang agak kering. Beliau menasihatkan agar guna exfoliate cream bagi menyingkirkan sel kulit mati pada bibir.

Tetapi saya lebih suka cara yang alami. Di sini saya kongsikan cara membuat skrub bibir dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada didapur!

Sediakan:

1 sudu gula perang (atau gula pasir)
1 sudu madu

Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan tak perlu sebatikan sampai hancur. Sapu dan gosok lembut pada bibir, dan bilas dengan air.

Untuk bibir kekal lembap dan cantik, sapu sedikit minyak kelapa dara selepas bilas.

Minyak kelapa dara bukan sahaja melembapkan bibir, malah menjadikan bibir lebih lembut dan kulit bibir tidak terlalu berkedut.

Ini minyak kelapa dara yang saya guna.




Boleh dapatkan di sini

Ramuan dan Cara Mandian Herba untuk Ibu Berpantang

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Ramuan Mandian Herba

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

Cara Menyediakan Air Mandian

  1. Ambil periuk tanah yang berukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjut.
  2. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Cara Mandi

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Mandi Untuk Ibu Berpantang

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Masker Muka Menggunakan Madu dan Lemon

Lemon adalah sumber vitamin C dan antioksida yang sangat bagus. Ia membantu dalam proses penggelupasan semulajadi kulit mati, menyingkirkan bintik-bintik hitam, menghapuskan cela, mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat serta merawat kulit terbakar akibat cahaya matahari. Ia juga sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit eczema.
Madu bertindak melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan berseri-seri.
SEDIAKAN
  • 1 biji lemon segar
  • 1 sudu madu asli
CARANYA
  1. Potong lemon kepada 2 bahagian, dan buang biji.
  2. Tambahkan madu pada lemon yang telah dipotong.
  3. Gosok lemon dan madu secara perlahan-lahan pada muka.
  4. Biarkan selama 5 minit sebelum dicuci bersih.
NOTA
  • Hindar dari terkena mata
  • Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, campuran ini agak memedihkan. Tips untuk anda, lebihkan campuran madu berbanding lemon.

Kebaikan Minyak Zaitun untuk Kulit

Anda mungkin sudah tahu minyak zaitun adalah baik untuk kesihatan – dan juga sedap bila dibuat pasta – tetapi minyak zaitun juga sebenarnya sangat bagus untuk kulit. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai kulit yang kering atau alergi kepada krim dan losyen.
Minyak zaitun adalah ramuan tradisional untuk kulit yang sangat kering. Ia lembut dan selalunya tidak menyebabkan reaksi alergi. Minyak zaitun juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari dan kanser. Dalam satu kajian terhadap tikus, menyapu minyak zaitun setelah tikus itu terdedah kepada cahaya UVB mengurangkan tumor yang membesar.
Jika anda tidak risau kepada alergi, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan wangian atau losyen. Berhati-hati juga semasa menyapu minyak zaitun pada kulit – memang ia baik untuk kulit, tetapi tidak bagus pada fabrik. Salah satu cara untuk tidak merosakkan kain adalah dengan mencampurkan beberapa sudu minyak zaitun ke dalam air untuk mandi. Pastikan juga anda membasuh lantai bilik mandi kerana minyak zaitun itu membuatkan lantai licin.
Jika tangan anda perlukan lembapan, sapukan minyak zaitun dan pakai sarung tangan sebelum tidur. Jika mahu lembapkan tapak kaki, sapukan minyak zaitun dan pakai stokin untuk mengelakkan dari licin semasa berjalan di atas lantai.
Lain kali, jika anda perasan kulit anda kering, lihatlah ramuan di dapur sahaja – cuma pastikan ada cukup minyak zaitun untuk memasak pasta.

Apa Yang Dilakukan Pasangan Bahagia Selepas Waktu Kerja

#1 – Bertanya khabar

Membuat panggilan telefon sebaik sahaja habis waktu kerja di waktu petang. Menepuk bahu isteri di dapur sebaik sahaja sampai di rumah. Bertanya khabar sebaik sahaja habis waktu kerja membuat hati kita dan pasangan rasa bahagia.

#2 – Bergelak ketawa

Menonton rancangan komedi, bercerita kisah jenakan. Ini menambahkan rasa bersama apabila kita boleh bergelak ketawa bersama-sama.

#3 – Mengurut-urut bahu dan belakang

Tiada yang lebih rasa rehat di hati selain dari urutan dari pasangan. Biasakan mengurut-urut bahu pasangan membuat pasangan rasa lebih dekat dengan diri kita.

#4 – Bersenam dan bersiar-siar

Selain untuk kesihatan, bersenam bersama-sama adalah salah satu aktiviti yang pasangan bahagia lakukan selepas waktu kerja.

#5 – Memeluk pasangan

Peluk pasangan sebelum dan selepas waktu kerja.

#6 – Bertarung dalam permainan

Bertarung di dalam permainan seperti ‘board games’ adalah aktiviti yang menyeronokkan. Bersuka ria bersama pasangan membuat hati menjadi bahagia.

#7 – Bersiar-siar di waktu malam

Bersiar-siar di dalam cahaya yang suram, membuatkan seseorang mula bercakap sesuatu dari hati. Ini memupuk kejujuran dari pasangan masing-masing.

#8 – Berehat sambil menonton Netflix

Menonton rancangan TV bersama-sama adalah sangat merehatkan. Tonton sehingga tertidur bersama di depan TV.

#9 – Minum dan berbual-bual

Buat minuman jus atau teh. Minum sambil berbual-bual ringan.

#10 – Solat dan berdoa bersama-sama

Amalan yang sangat bagus untuk solat dan berdoa secara berjemaah. Menambahkan lagi keberkatan di dalam rumah tangga.

#11 – Sama-sama membuat kerja rumah

Membantu pasangan di dalam kerja rumah adalah perkara yang paling seksi dilakukan oleh lelaki.

Kongsi dengan rakan

Serum dan Cara Betul Menggunakannya

20 October 2016


Saya mulai tertarik dengan produk kecantikan sejak di bangku sekolah lagi. Pada awalnya, saya hanya menggunakan pencuci muka sebagai rejim penjagaan kulit wajah. Tidak pernah memakai satu set lengkap. Selepas mencuci muka, kadang kala saya akhiri rutin tersebut dengan toner sahaja atau krim ‘universal’ (Sebenarnya, saya kurang pasti krim yang saya guna pada waktu adalah krim siang atau malam – atau mungkin krim pencerah). Yang pasti, saya tidak memakai sebarang bedak atau krim pada sebelah siang memandangkan pihak sekolah melarang keras pelajar perempuan ‘melaram’. Tambahan lagi, memang saya kurang gemar kulit muka saya dilitupi dengan sebarang krim. Lemas.
Apabila menjejakkan kaki ke universiti, saya mula memakai set penjagaan kulit yang lengkap – ada pencuci muka, krim siang, dan krim malam. Dan berterusan hingga sekarang. Yang berbeza adalah produk yang digunakan.
Sudah beberapa kali saya bertukar jenama produk atas sebab-sebab tertentu. Ada yang sudah serasi, namum terpaksa berhenti menggunakannya apabila saya perasan kulit muka menjadi sangat sensitif dan bertukar merah serta pedih apabila terdedah kepada cahaya matahari walaupun seketika. Selain itu, hanya sekadar suka-suka dan ingin mencuba kerana tertarik dengan bungkusannya yang cantik.
Namun, sepanjang hidup saya, tidak pernah saya menggunakan serum wajah sehinggalah saya menerima kiriman yang sangat istimewa dari seorang kenalan.
“Puan, ada parcel untuk puan di atas meja”, tegur salah seorang pekerja saya sewaktu saya melangkah masuk ke pejabat.
Saya membuka perlahan parcel tersebut sebaik sahaja tiba di bilik. Isinya adalah sebuah kotak bewarna ungu – Madeena Skincare +With Gold Serum dan nota.
Bau yang sangat harum memenuhi hidung apabila kotak itu dibuka. Didalamnya ada seketul sabun yang berbalut, sebotol serum, sebekas krim siang dan juga krim malam.
Terujanya saya sehingga hampir menumpahkan serum pada baju apabila membuka penutupnya. Serum ini berbentuk cecair dan jernih. Apabila dipakai, ia mengering dengan cepat dan meninggalkan kesan ‘ringan dan lembut’ pada kulit.
Laju dan ringan adalah kualiti yang menjadi pemberat dalam pertimbangan apabila kita memilih kereta atau laptop. Kedua-dua faktor itu juga menjadi ciri paling penting apabila saya ingin memilih serum wajah – bersifat ringan dan cepat menyerap.

Paling menarik tentang serum wajah terletak pada kandungannya. Serum diperbuat dengan menyingkirkan sebahagian besar cecair. Oleh itu, apa yang tinggal adalah bahan aktif yang ‘highly-concentrated’. Secara ringkas, jika formulasi serum itu adalah untuk anti-penuaan, bermakna dos bagi setiap bahan yang digunakan seperti ejen antioksida atau asid kojic adalah lebih tinggi dari mana-mana barisan produk penjagaan lain (seperti krim atau pencuci).
Untuk menggunakan set penjagaan kulit yang mempunyai serum seperti Madeena Skincare tidak susah dan tidak memakan masa. Untuk 3 hari pertama menggunakan Madeena Skincare +with Gold Serum, sapu Madeena Perfect Day Cream (waktu siang) atau Madeena Perfect Night Cream (sebelum tidur) selepas mencuci muka dengan Madeena Rice Milk Facial Bar with Collagen. Untuk hari keempat dan seterusnya, rutinnya masih sama kecuali penambahan penggunaan Madeena Perfect Gold Serum sebelum mengenakan krim malam.

Jerawat tumbuh subur rupa-rupanya hanya kerana ini


Salah seorang pengguna produk penjagaan kulit tempatan, Cikpuan Nurul mengadu kepada tanpamekap bahawa rupa-rupanya beliau mengidap alahan. Beliau memiliki kulit yang berjerawat sejak dibangku sekolah.
Antara sebabnya adalah beliau pernah cuba memakai produk pencuci muka yang mempunyai bahan aktif; iaitu gamat. Sebelum itu, beliau tidak mengalami sebarang masalah kulit, jauh sekali jerawat. Namun selepas sekali memakai pencuci muka tersebut, mukanya membengkak dan jerawat mula tumbuh subur.
Akibatnya, dari berkulit licin dan gebu bertukar menggerutu dengan jerawat.

Kenali Kulit Sebelum Memilih Sebarang Produk

Sebelum anda memutuskan untuk membeli sebarang produk penjagaan kulit; sama ada dalam bentuk sapu atau makan, sangat penting anda kenali kulit sendiri.
Tanya diri anda, adakah anda mengidap alahan atau alergi terhadap sesuatu bahan.
Lebih baik adalah dapatkan konsultasi dari doktor atau pakar-pakar perubatan.

Madu Memiliki Pelbagai Khasiat, Tetapi…

Untuk mereka yang mempunyai alergi dan sangat sensitif, kebiasaannya kulit mereka sangat reaktif terhadap sesuatu produk apabila disapu atau dimakan.
Dalam kes cikpuan Nurul, walau digigit semut seekor, badan serta muka boleh membengkak dan mengalami sesak nafas yang teruk. Beliau pernah hampir kehilangan nyawa!

Beliau telah mendapatkan konsultasi dari doktor perubatan; iaitu Dr. Mohd Fahmi Abdullah, Poliklinik Ar Razi . Dr. Fahmi memaklumkan bahawa bahan yang paling akhir yang beliau mahu sapu pada kulit adalah madu.
Ini kerana, madu bertindak seolah-oleh penyubur kepada jerawat yang ada pada mukanya.

Elak Guna Produk yang Mengandungi Bahan Kimia

Antara nasihat yang diberikan oleh Dr. Fahmi adalah cuba elak menggunakan sebarang produk yang bersifat kosmetik (cosmetical).

Selain itu, sangat penting bagi mereka yang selalu terdedah dengan cahaya matahari untuk mengenakan krim pelindung cahaya matahari dengan UV. Paling rendah adalah dengan SPF30.
Kulit yang cantik adalah kulit yang sihat. Bukan kulit yang sudah ditampal dengan pelbagai olesan dan warna-warni bahan kimia.
Tip untuk mengurangkan jerawat pada kulit, gantikan madu dengan teh hijau yang dicampur dengan beberapa titis minyak rosehip. Teh hijau mampu mengurangkan jerawat dan minyak rosehip pula membantu memperbaiki kulit rosak dan parut akibat jerawat. Salah satu minyak rosehip organik dan 100% asli adalah Certified Organic Rosehip Oil dari Nature’s Promise.

10 Kebaikan Jambu untuk Ibu Mengandung

Jambu adalah buah yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang diperlukan oleh badan terutamanya oleh wanita mengandung.
Berikut adalah 10 kebaikan jambu untuk wanita khususnya yang sedang menanti kehadiran si comel;
#1 Mengawal Kadar Gula
Pengambilan buah atau jus jambu membantu mengimbangi kadar kandungan gula dalam tubuh pada tahap normal dan sihat sekaligus mengelakkan gestational diabetes dikalangan ibu mengandung
#2 Mengawal Tekanan Darah
Keseimbangan tekanan darah adalah sangat penting untuk mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran bayi pra-matang. Pengambilan jambu semasa mengandung membantu mengawal tekanan darah
#3 Mengurangkan Anemia
Kandungan nutrisi didalam buah atau jus jambu membantu mengurangkan anemia sekaligus membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam badan
#4 Meningkatkan Imuniti
Jambu sangat kaya dengan ascorbic acid (vitamin c).  Setiap satu biji jambu mengandungi kira-kira 16 miligram vitamin c; melebihi kuantiti yang diperlukan oleh badan sama ada lelaki atau wanita.
Pengambilan jambu oleh ibu mengandung membantu meningkatkan system imuniti badan.
Ia membantu menangani isu kesihatan seperti sakit gigi, gusi berdarah, ulser dan isu-isu lain yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu mengandung.


#5 Menangani Masalah Sembelit
Jambu membantu memastikan sistem penghadaman ibu mengandung berada dalam keadaan yang sihat dan berfungsi secara normal.
Ramai dikalangan wanita yang mengandung menghadapi masalah sembelit ketika proses kehamilan. Kandungan laxative di dalam buah jambu membantu pergerakan bowel.
#6 Bantu Badan Lawan Bakteria dan infeksi
Jambu mengandungi anti-oksida dan anti-toksin seperti vitamin C, vitamin E, iso-flavanoids, carotenoids dan polyphenols. Kandungan-kandungan ini membantu badan melawan germ atau bakteria serta infeksi dalam badan sekaligus menghindari badan dari serangan penyakit.
#7 Elak Sembelit dan Buasir
Wanita kerap mengalami sembelit atau buasir sewaktu mengandung. Kandungan fiber yang tinggi di dalam jambu membantu wanita mengandung mengatasi masalah ini.
#8 Bantu untuk Relaks
Dengan penambahan berat badan akibat mengandung, badan merasa sedikit terbeban. Oleh itu, kandungan magnesium dalam  jambu membantu sistem saraf dan otot untuk rehat.
#9 Membantu Membina Sistem Saraf Bayi
Jambu bukan sahaja bermanfaat menjaga kesihatan ibu, malah untuk bayi yang dikandung. Jambu adalah ‘gudang’ folik asid dan vitamin B9. Vitamin-vitamin ini sangat penting dalam pembentukan sistem saraf untuk bayi anda.
#10 Kaya dengan Kalsium
Kandungan kalsium dalam jambu menjadikan buah ini sangat bagus untuk dimasukkan dalam senarai pemakanan ibu mengandung.
Perlu diingatkan, pengambilan jambu secara berlebihan boleh membuatkan anda cirit-birit. Sebagai tambahan, apa-apa makanan jika diambil secara berlebihan terutamanya bagi anda yang sedang mengandung boleh mengundang isu yang tidak diingini.
Kongsikan pengalaman anda diruangan komen 🙂
Kongsi dengan rakan

Saya Baru Tahu Wawa Zainal Tidak Akan Keluar Rumah Tanpa Ini


Rutin harian saya setiap pagi dan malam adalah window shopping di internet. Saya suka mencari informasi produk-produk baru yang ada di pasaran Malaysia, tips-tips kecantikan dan kesihatan, tutorial mekap, dan apa sahaja yang sinonim dengan kaum hawa.
Saya sebenarnya bukanlah kaki shopping, tetapi untuk membeli sesuatu barangan, saya akan membuat researchresearch dan research.
Saya memiliki kulit dan bibir yang agak kering. Masalah utama yang saya hadapi adalah walaupun memiliki kulit yang kering, kulit saya sangat tidak serasi dengan mana-mana krim pelembap yang pernah saya cuba.
Setiap kali saya mencuba krim pelembap baru, keesokkan hari pasti sebutir jerawat sama saiz dengan tahi lalat akan muncul pada pipi. Satu hal pula untuk cari produk untuk kecutkan jerawat.
Begitu juga dengan bibir.
Jika tak kena dengan pelembap bibir yang sesuai, esok lusa pasti bibir menjadi kasar dengan ruam-ruam halus yang sungguh gatal dan pedih.
Disebabkan masalah inilah saya menjadi sangat cerewet untuk membeli sesuatu barangan.
Pagi ini, sedang asyik saya mencari tutorial mekap bagi kulit kering di facebook (tiba-tiba hari ini rasa seperti mahu bermekap), saya terjumpa dengan page tentang SyaLaa BB Cushion Cream (sebenarnya tertarik melihat wajah Wawa Zainal yang flawless ini.
Saya terus ke Instagram milik Wawa.


Menurut beliau, benda wajib yang ada didalam handbagnya tentulah Syalaa BB Cushion Cream. Ia adalah sejenis BB Cream bersifat cecair di dalam bekas kompak yang sangat mudah dibawa ke mana-mana. Paling penting, ia sangat mudah digunakan berbanding dengan BB Cream biasa yang ada dipasaran. Hanya dengan beberapa tepukkan sudah cukup.
Antara bahan-bahan yang terkandung dalam SyaLaa BB Cushion Cream adalah Lilium Candidumatau lebih dikenali sebagai Madonna Lily. Fungsinya adalah untuk membantu menjaga kelembapan kulit, memberikan rawatan khusus bagi kulit kering dan sensitif dengan mengimbangi kadar kelembapan air pada kulit.
Chamomile yang bukan sahaja enak dijadikan minuman, ia juga sangat bagus untuk kulit yang bermasalah seperti kulit berjerawat. Chamomile membantu menyembuhkan sel kulit rosak dengan fungsi anti-radang dan antiseptik; dan merangang penghasilan kulit yang lebih sihat.
Selain itu, SyaLaa BB Cushion Cream ini juga mengandungi ekstrak bunga mawar, melur dan freesia, squalane, Centella Asiatica, Narcissus, minyak jojoba dan aloe vera.
5 fungsi utama SyaLaa BB Cushion Cream adalah (1) Bertindak sebagai asas mekap, dan dalam masa yang sama merawat kulit yang bermasalah (2) Memberi perlindungan dari sinar UV (3)Mengandungi SPF yang tinggi, sesuai untuk cuaca di Malaysia iaitu SPF50PA+/PA+++ (4) Fungsi pencerahan sehingga 5 kali ganda dan (5) Menyegar serta melembapkan kulit
Paling menarik, ketahanan penggunaan 1 unit SyaLaa BB Cushion Cream adalah sehingga 3 bulan. Sangat jimat!
Tambah menjimatkan, saya tidak perlu lagi menempek krim pelembap, krim UV, foundation dan bedak kompak. Cukup dengan 1 olesan SyaLaa BB Cushion Cream 😉 sahaja.
Untuk mencuba SyaLaa BB Cushion Cream, sila klik disini.
Kongsi dengan rakan

12 dari 20 Pesakit Endometriosis Berjaya Hamil dengan Propolis

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia


Selepas 6 tahun menjalani hidup berumahtangga tanpa cahayamata – termasuk 1 tahun membina harapan palsu agar endometriosis boleh sembuh hanya dengan masa 1 tahun selepas laparoskopi saya yang pertama; 1 tahun pencarian tentang cara untuk mengelakkan endometriosis dari kembali; serta 3 liter air mata yang tumpah - akhirnya hati saya kembali berbunga apabila terbaca hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Ali, dari Universiti Ain Shams, Kaherah tentang kesan pengambilan propolis oleh pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan akibat endometriosis.





12 Orang Pesakit Endometriosis Berjaya Hamil

Dr. Ali telah membentangkan hasil kajian beliau di perjumpaan tahunan yang ke-59 America Society of Reproductive Medicine bertempat di San Antonio, Texas.
Beliau dan tim telah mengendalikan kajian terhadap 40 pesakit yang mengidap masalah ketidaksuburan dengan tempoh paling kurang selama 2 tahun.
Sebanyak 20 orang pertama telah diberi 500 mg propolis 2 kali sehari (menjadikan jumlah sehari sebanyak 1000mg); manakali 20 orang selebihnya diberi placebo iaitu pil biasa tanpa sebarang kesan therapeutic selama 9 bulan.
Selepas tamat tempoh 9 bulan tersebut, didapati 12 dari 20 orang pertama yang diberi propolis berjaya hamil berbanding hanya 4 orang dari 20 orang yang hanya diberi placebo.
Menurutnya lagi tiada sebarang kesan sampingan yang dilaporkan selama pengambilan propolis.

Apakah Propolis?

Propolis dihasilkan melalui sebatian resin tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah, lilin lebah serta debunga dari air liur lebah.
Lebah akan menyapukan sebatian yang dipanggil sebagai propolis pada dinding dan kawasan dalaman sarang bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan steril; iaitu bebas daripada kuman atau virus.
Propolis juga merupakan bahan untuk membina, mengukuh, memperbaiki, dan mengisi rekahan pada sarang lebah.
Propolis merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang bertindak sebagai pelindung kepada lebah dengan cara melindungi mereka dari ancaman bakteria, kulat, dan virus.
Selain itu, ia berfungsi meningkatkan daya imuniti lebah.

Propolis adalah Anti-radang yang Kuat dan Terbaik

Selain kajian yang dilakukan oleh Dr. Ali, banyak kajian-kajian lain yang menunjukkan bahawa propolis memiliki kebaikan anti-radang yang kuat dan berupaya untuk menghalang pertumbuhan endothelial vaskular yang mungkin bertanggungjawab dalam masalah ketidaksuburan wanita yang dikaitkan dengan endometriosis.

Pesakit Kanser Tahap 4 Juga Sembuh dengan Propolis

Selain memiliki kebaikan anti-radang, propolis juga bersifat anti-barah.
Dalam satu sumber yang lain, seorang wanita muda yang bakal melangsungkan perkahwinan mengidap kanser ovari tahap 4 disahkan sembuh sepenuh oleh doktor selepas 4 bulan mengamalkan propolis serta madu dari lebah jenis kelulut.
Walaupun telah sembuh sepenuhnya, beliau masih mengamalkan pengambilan propolis untuk kesihatan dan menghindar penyakit-penyakit lain.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda pernah mengambil propolis? Kongsikan pengalaman anda diruangan komen
Kongsi dengan rakan

Bibir Gelap dan Hitam Walaupun Tidak Merokok? Ketahui Punca dan Cara Rawatan yang Sepatutnya.


Mitos atau fakta?

Selalunya, bibir yang gelap dikaitkan dengan amalan merokok. Benarkah?

Bagaimana dengan mereka yang tidak merokok tetapi masih menghadapi masalah bibir yang gelap dan hitam?


Punca Bibir Gelap dan Hitam


Sebenarnya, terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Salah satunya adalah kerana faktor genetik.


Pemakaian Mekap

Produk kosmetik komersial mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Yang membezakan antara kosmetik komersial dan natural adalah kandungan dan kuantiti bahan kimia yang digunakan.

Bagi sesetengah orang, memakai kosmetik seperti pelembab bibir menyebabkan kondisi bibirnya menjadi lebih parah walaupun mungkin bagi pengguna lain tidak mengalami efek yang sama.

Alergi

Produk kosmetik komersial mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Yang membezakan antara kosmetik komersial dan natural adalah kandungan dan kuantiti bahan kimia yang digunakan.

Bagi sesetengah orang, memakai kosmetik seperti pelembab bibir menyebabkan kondisi bibirnya menjadi lebih parah walaupun mungkin bagi pengguna lain tidak mengalami efek yang sama.

Terdedah kepada Cahaya Matahari
Produk kosmetik komersial mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Yang membezakan antara kosmetik komersial dan natural adalah kandungan dan kuantiti bahan kimia yang digunakan.

Bagi sesetengah orang, memakai kosmetik seperti pelembab bibir menyebabkan kondisi bibirnya menjadi lebih parah walaupun mungkin bagi pengguna lain tidak mengalami efek yang sama.

Pigmentasi

Produk kosmetik komersial mengandungi pelbagai jenis bahan kimia. Yang membezakan antara kosmetik komersial dan natural adalah kandungan dan kuantiti bahan kimia yang digunakan.

Bagi sesetengah orang, memakai kosmetik seperti pelembab bibir menyebabkan kondisi bibirnya menjadi lebih parah walaupun mungkin bagi pengguna lain tidak mengalami efek yang sama.

Rawatan untuk Bibir Gelap


Bergantung kepada penyebab masalah bibir gelap terjadi, rawatan untuk mengatasi masalah ini adalah berbeza. Sebagai contoh, langkah merawat kulit gelap akibat pigmentasi memerlukan penjagaan tambahan dan agak intensif. Lihat Merawat Bibir Gelap dan Kering Akibat Pigmentasi. Namun, secara asasnya beberapa langkah awal boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini. 

Skrub Bibir

Sebelum memulakan apa-apa regime rawatan untuk bibir, perlu dipastikan sel-sel kulit mati dan kering dibersihkan. Salah satu cara yang berkesan adalah dengan menggunakan skrub bibir. Skrub bibir boleh didapati secara meluas di farmasi atau boleh dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

Lihat DIY Skrub Bibir Menggunakan Bahan-Bahan di Dapur.


Kekal Hidrasi

Kekurangan air dalam badan menyebabkan bibir bertambah kering. Keadaan bertambah buruk jika pada masa yang sama bibir terdedah kepada cahaya matahari.

Hal ini menyebabkan bibir yang kering tidak ada perlindungan awal apabila terkena sinar UV seterusnya menyebabkan proses pigmentasi berlaku dengan cepat.

Oleh itu, penting untuk bekalkan badan kita dengan air yang cukup dan tak perlu tunggu sehingga badan memberi signal haus.

Minum air putih sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Pakai Balm Bibir

Seperti kulit muka juga, bibir memerlukan perlindungan dan rawatan yang konsisten untuk kekal sihat dan cantik. Walaupun tidak mengenakan mekap sebelum keluar rumah, biasakan diri dengan memakai lip balm.

Pilih lip balm yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Pilih yang organik.

Selain itu, anda boleh buat sendiri lip balm menggunakan baha-bahan yang mudah mengikut cita rasa. Lihat DIY Buat Lip Balm Sendiri.

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.