Kebaikan Minyak Zaitun untuk Kulit

21 October 2016

Anda mungkin sudah tahu minyak zaitun adalah baik untuk kesihatan – dan juga sedap bila dibuat pasta – tetapi minyak zaitun juga sebenarnya sangat bagus untuk kulit. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai kulit yang kering atau alergi kepada krim dan losyen.
Minyak zaitun adalah ramuan tradisional untuk kulit yang sangat kering. Ia lembut dan selalunya tidak menyebabkan reaksi alergi. Minyak zaitun juga melindungi kulit daripada kerosakan akibat matahari dan kanser. Dalam satu kajian terhadap tikus, menyapu minyak zaitun setelah tikus itu terdedah kepada cahaya UVB mengurangkan tumor yang membesar.
Jika anda tidak risau kepada alergi, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan wangian atau losyen. Berhati-hati juga semasa menyapu minyak zaitun pada kulit – memang ia baik untuk kulit, tetapi tidak bagus pada fabrik. Salah satu cara untuk tidak merosakkan kain adalah dengan mencampurkan beberapa sudu minyak zaitun ke dalam air untuk mandi. Pastikan juga anda membasuh lantai bilik mandi kerana minyak zaitun itu membuatkan lantai licin.
Jika tangan anda perlukan lembapan, sapukan minyak zaitun dan pakai sarung tangan sebelum tidur. Jika mahu lembapkan tapak kaki, sapukan minyak zaitun dan pakai stokin untuk mengelakkan dari licin semasa berjalan di atas lantai.
Lain kali, jika anda perasan kulit anda kering, lihatlah ramuan di dapur sahaja – cuma pastikan ada cukup minyak zaitun untuk memasak pasta.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.