Ramuan dan Cara Mandian Herba untuk Ibu Berpantang

21 October 2016

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Ramuan Mandian Herba

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

Cara Menyediakan Air Mandian

  1. Ambil periuk tanah yang berukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjut.
  2. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Cara Mandi

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Mandi Untuk Ibu Berpantang

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

1 comment

  1. Assalamualaikum. Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah bantu ramai psakit kanser tahap 1–4 pulih & kembali kuat, dgn izin Allah.

    Herba ni juga berkesan bantu pemulihan untuk:

    Luka kronik kencing manis & gula tinggi

    Gastrik & GERD

    Masalah buah pinggang (eGFR rendah, creatinine naik, kencing berbuih)



    ---

    Menaikkan EGFR ke paras normal semula

    Bantu kurangkan keradangan dalaman

    Bantu kurangkan tekanan oksidatif pada buah pinggang

    Bantu menyokong fungsi penapisan darah

    Bantu stabilkan eGFR secara berperingkat

    Bantu kurangkan simptom lemah & cepat penat

    Sesuai diamalkan harian sebagai ikhtiar jaga buah pinggang


    Fokus utama:

    Pulihkan badan dari dalam

    Kuatkan sistem dalaman

    Bantu buah pinggang berfungsi dgn lebih baik



    ---

    KELEBIHAN HERBA

    Boleh diamalkan jangka panjang

    Fokus bantu badan sembuh secara semulajadi

    100% herba

    Tak bertoksik & mesra badan

    Harga mampu milik & berbaloi untuk amalan berterusan

    Tak membebankan, sesuai utk psakit jangka panjang



    ---

    TESTIMONI PESAKIT (ANTARA YG TELAH AMAL)

    En Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Stage 4B

    Pn. Nor Hayati – Kanser Payudara merebak Tahap 4

    En. Mohd Asri – Kanser Usus Tahap 2

    Suzana – Kanser Rahim Tahap 4

    Nor Azian – Kanser Payudara Triple Negative

    Muhd Aidil Izzat – Burkitt Lymphoma Tahap 4

    Noriza – Luka kaki kencing manis hampir dipotong, kini bercantum

    Adik Haziq – Hodgkin Lymphoma Tahap 4

    En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3

    Dan ramai lagi…



    ---

    Video testimoni & kisah pemulihan

    Blog: jusinfiniti.blogspot.com


    ---

    Jangan tunggu smpai badan makin lemah.
    Ikhtiar awal itu lebih baik.

    Saya sedia bantu anda dari sudut rawatan herba, pemakanan & sokongan emosi.

    WhatsApp: 017-468 7570
    Mohd Zuhairi bin Noordin

    Sharing is caring – semoga jadi asbab kesembuhan.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.