IQ yang Tinggi Tidak Menjamin Kejayaan dalam Kehidupan Seseorang

30 July 2017

Perkongsian menarik dari Angela Duckworth mengenai hubungkait antara kekuatan dalaman, kejayaan seseorang dan berapa jauh dia boleh cipta kejayaannya sendiri.
Menurut beliau, bijak atau pandai semasa di sekolah, dunia pekerjaan, atau realiti kehidupan yang sebenar bukan bergantung kepada berapa cepat sesorang itu belajar atau adapt. Bukan juga terletak pada kekuatan IQ yang tinggi atau kehebatan seseorang itu bersosial.
Hasil kajian beliau dan tim mendapati bahawa -  individu yang berjaya; adalah individu yang mempunyai SEMANGAT, KETABAHAN dan BERTERUSAN terhadap matlamat jangka masa yang panjang - ia dipanggil 'Grit'.
Grit adalah 'setia' pada matlamat jangka masa panjang.
Grit adalah menjalani day-to-day life ke arah matlamat kita secara maraton, bukan secara memecut.
Sangat beruntung kita sebagai seorang muslim, kita sudah dipersiapkan oleh ALLAH SWT dengan berbekalkan Islam sebagai cara hidup dan Al-Quran sebagai manual/panduan - yang mana, saluran fokus semangat, ketabahan, berterusan bukan pada matlamat jangka masa panjang seperti yang dikongsi oleh Angela, tapi pada satu-satunya matlamat paling teratas, paling utama, terawal dan terakhir dan ia adalah MATLAMAT YANG MUKTAMAD - iaitu KEHIDUPAN SELEPAS KITA MATI, KEHIDUPAN YANG ABADI DI AKHIRAT KELAK.
Manakala kunci untuk mencapai matlamat ini terletak pada istiqamah.
Bagaimana kita boleh beristiqamah dalam kehidupan yang banyak dengan 'noise' dan 'disturbance'? Yang banyak mengganggu gugat fokus dan prioriti kita?
Adakah ia terletak pada 'growth mindset' - seperti yang diutarakan oleh Angela?

Buat Produk Sendiri di Rumah? Anda Wajib Lakukan Ini Terlebih Dahulu!

22 April 2017


Atas kesedaran ramai antara kita mula beralih dari menggunakan produk dari kedai kosmetik kepada produk buatan dirumah atau buatan tangan (tradisional).

Ada yang memilih untuk membuat sendiri produk penjagaan kulit.

Ini adalah 3 perkara penting apabila kita memilih untuk membuat produk sendiri.

#1 Steril 

Rutin yang paling penting apabila membuat sendiri produk dirumah secara handmade adalah pastikan semua perkakas disteril.

Cara paling mudah untuk steril barangan adalah dengan menggunakan air yang mendidih; konsep yang sama apabila steril botol susu bayi.

Cara kedua adalah menggunakan microwave.
- air panas
- alkohol spray

#2 Guna Bekas yang Sesuai

Sesetengah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit atau badan adalah sensitif terhadap barangan plastik.

Oleh itu, bagi setiap bahan yang digunakan, anda perlu tahu cara penyimpanan yang terbaik.

Contoh: 'Essential oil' perlu disimpan dalam bekas kaca jenis amber bewarna gelap. Oleh itu, jika produk yang dihasilkan ada menggunakan minyak ini, anda perlu mempertimbangkan penggunaan bekas kaca (walaupun kaca agak berat berbanding plastik - jika anda menjual produk yang dihasilkan, secara langsung peningkatan kos pengendalian dan penghantaran perlu dimasukkan secara tepat dalam 'costing')

Jika anda perasan, minyak kelapa dara yang terbaik menggunakan bekas kaca yang gelap bagi memastikan kualitinya terjaga. Minyak kelapa banyak digunakan dalam proses pembuatan sabun, minyak urut atau minyak angin sebagai 'carrier oil'. Jika anda mahu menggunakan minyak kelapa dara, pilihan terbaik adalah jenis perahan sejuk.


#3 Guna Air Suling 

Air suling adalah air tanpa sebarang mineral di dalamnya. Penggunaan air suling dalam pembuatan produk secara DIY dirumah adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kehadiran mineral yang boleh mempengaruhi tindakbalas bahan-bahan yang digunakan.

Jodoh Akan Sampai Tepat Pada Waktunya

10 February 2017



Pada minggu lepas, saya menghantar kawan pulang ke rumahnya. Pada waktu itu, saya rasa ingin makan ais cendul. Memang ais cendul adalah makanan kegemaran saya. Saya bertanya kepada kawan saya itu, adakah di sekitar rumahnya ada gerai yang menjual ais cendul. Dia berkata ada, tapi kadang-kadang gerai itu tidak buka. Akhirnya saya memberitahu, tidak mengapalah, saya mencari di tempat lain dalam perjalanan pulang.

Saya memandu kereta dengan 'mode' bersiar-siar, mencari-cari gerai cendul dalam perjalanan pulang. Saya cuba melalui lorong-lorong yang tidak pernah saya lalui. Ketika itu, panas agak terik, memang sedap kalau ada ais cendul.

Saya tidak bertemu dengan satu gerai pun yang menjual ais cendul. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membeli teh o ais di restoran sahaja. Saya singgah di sebuah restoran, saya beli satu teh o ais dan goreng pisang RM2. Saya terus makan di situ. Selesai makan saya pulang ke rumah.

Namun begitu, berlaku sesuatu yang saya tidak sangka semasa dalam perjalanan dari restoran ke rumah. saya ternampak ada satu gerai menjual ais cendul. Tetapi, perut saya sudah penuh untuk minum ais cendul. Saya memandu kereta melepasi penjual ais cendul begitu sahaja.

Saya terfikir, kalau saya meneruskan usaha mencari sedikit sahaja lagi saya pasti berjumpa dengan penjual ais cendul itu. Tetapi tidak, saya telah berhenti mencari ketika sedikit sahaja lagi saya hampir menjumpainya. Dalam karya barat, situasi seperti ini disebut 'three steps from gold.' Saya hanya perlukan tiga langkah sahaja lagi untuk menemui 'emas' tersebut.

Semasa berlalu melepasi penjual ais cendul itu, saya terfikir tentang jodoh.
Ia sama seperti jodoh. Kita mesti bersabar, dan redha dengan apa yang Allah tentukan.

Mahu Kurus? Tingkatkan Metabolisma Badan!

9 January 2017

Fahami Konsep Metabolisma Badan Mereka yang Bertubuh Fit.


Sama seperti kereta memerlukan minyak sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan, begitu juga badan kita. Metabolisma umpama pengurus minyak dan kereta umpama badan kita. Metabolisma merupakan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Sebenarnyam tubuh kita membakar kalori secara berterusan setiap saat, bukan sahaja sewaktu kita bersenam, malah semasa kita tidur, membeli belah, mengemas rumah, menonton tv mahupun memasak.

Setiap individu memiliki metabolisma badan yang berbeza bergantung kepada komposisi tubuh badan seperti jumlah lemak dan otot.

Individu yang memiliki banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak. Ini kerana tisu otot menggunakan (atau membakar) lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya.

Oleh itu, apabila anda berhasrat untuk memiliki badan yang lebih kurus dan fit, atau mahu mengekalkan kecergasan badan, anda perlu meningkatkan metabolisma badan.

Metabolisma badan yang lebih tinggi membantu anda mencapai sasaran untuk kurus dengan lebih cepat.





Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisma anda:

#1 Minum Air Secukupnya.

Badan kita terdiri dari hampir 80% air. Oleh itu, untuk mengekalkan setiap fungsi badan secara optimum, anda perlu minum air putih secukupnya. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan.

#2 Ambil Supplemen.


Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda bergantung dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

#3 Makan!

Sebagaimana yang disarankan oleh agama, makan secara sederhana banyak kebaikannya. Konsep makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang sebenarnya bermaksud makan dalam keadaan perut tidak terlampau lapar, berhenti sebelum kita berasa kenyang dan makan dalam kuantiti yang sedikit. Konsep makan begini membuatkan kita makan dengan agak kerap. Dan, itu bagus untuk perut dan badan.

Cuba amalkan konsep ini dengan formula '1/3 udara, 1/3 makanan dan 1//3 air'

Sekiranya perut anda sudah mula berasa lapar, bermakna ia memerlukan makanan. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.

Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

Bagi pesakit endometriosis atau sakit puan contohnya, pakar sangat menyarankan anda mengambil makanan LCHF (Low Carbs High Fibre).

Lihat selanjutnya tentang LCHF.

#4 Tidur yang cukup.


Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

Jika anda boleh tidur pada waktu tengahari, masa yang disarankan adalah 30 - 45 minit sebelum masuk waktu zohor dan tidur selama 30 minit. 1 minit tidur pada waktu ini seolah-olah anda telah tidur lena selama 3 jam pada waktu malam.

#5 Hindar Stress.


Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. Atau, cuba adakan 'me-time' dan isi waktu tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang anda sangat sukai dan minati.

Jika anda sangat meminati kucing, anda boleh habiskan waktu tersebut dengan bermain dengan kucing kesayangan.

#6 Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.


Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.


#7 Lakukan senaman menggunakan pemberat.


Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Dengan meningkatkan otot, tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

#8 C untuk cergas.


Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

#9 Pedas!


Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

Namun, jika anda mengidap gastrik anda perlu berhati-hati. Pastikan anda minum air yang banyak selepas makan makanan pedas.

#10 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.


Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Bonus: 

Amalkan beberapa sudu minyak kelapa dara setiap hari. Minyak kelapa dara adalah dari jenis MCFAs serta kaya dengan asid laurik yang membekalkan tenaga secara serta merta. Ia membantu badan meningkatkan metabolisma dan masa yang sama menguatkan badan.

Lihat kebaikan minyak kelapa dara.

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.