Buat Sendiri Hand Purifier Anda

29 January 2020


Bagaimana Mengurangkan Risiko Jangkitan Koronavirus



Sebagaimana kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah pada 26 Januari 2020 jumlah kumulatif kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah 23 kes; di mana empat belas (14) adalah warganegara Malaysia, lapan (8) warganegara China dan satu (1) warganegara Jordan.

Dari jumlah 23 kes ini, hanya satu (1) kes yang positif 2019-nCoV iaitu seorang lelaki warganegara China berusia 40 tahun. Dan empat (4) kes diletakkan dalam isolasi di beberapa buah hospital sementara keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat.

Langkah-Langkah Melindungi Diri & Keluarga Dari Ancaman Jangkitan Koronavirus


Berikut adalah panduan untuk kita semua sebagai satu usaha untuk mengurangkan risiko jangkitan bukan sahaja coronavirus, malah penyakit-penyakit lain juga.

#1 Berdoa - Mohon Bantuan Dari Allah SWT

Hadis Pertama

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:


مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya:

Sesiapa yang membaca;

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


"Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

...sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).
[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]


Hadis Kedua

Daripada Abu Hurairah RA berkata:


جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ



(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”
[Riwayat Muslim (2709)]

Hadis Ketiga

Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:


لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ، حِينَ يُمْسِي، وَحِينَ يُصْبِحُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ


(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”.
[Riwayat Abu Daud (5074)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]


Hadis Keempat

Daripada Anas bin Malik RA berkata:


كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ


(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.”
[Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]


Sumber: Hadis-hadis di atas dipetik dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan




#2 Hindari Tempat-tempat Berlaku Kes Jangkitan Koronavirus

Jika tiada keperluan yang mendesak, elakkan dari hadir ke tempat-tempat yang positif kes Coronavirus serta tempat-tempat tumpuan pelancong.


#3 Amalkan Kebersihan Yang Tinggi

Pakai Face Mask

Pakai face mask dan rubber glove jika anda terpaksa hadir ke tempat-tempat yang positif kes Coronavirus serta berada di kalangan orang yang menunjukkan simptom-simptom virus tersebut.


Kerap cuci tangan

Amalkan mencuci tangan dengan sabun secara kerap bagi mengelakkan penyebaran jangkitan virus ini.

Guna Hand Sanitizer

Sentiasa menggunakan hand sanitizer apabila berada di kawasan awam, hospital dan tempat-tempat yang sesak. Pilih sanitizer yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Antara yang disyorkan adalah Theives Waterless Hand Purifer jenama Young Living kerana ia mengandungi bahan aktif semulajadi seperti Peppermint, Clove, Lemon, Eucalyptus Radiata, Rosemary serta Cinnamon Essential Oils yang terkenal dengan sifat anti-bakteria, anti-fungal dan anti-virus.



(Jika anda pengguna baru essential oil, boleh klik disini untuk baca bagaimana essential oil berfungsi dan bermanfaat kepada manusia)

Guna Air Purifier dan Diffuser

Bagi mereka yang mudah terkena demam atau selesema, pesakit asthma, wanita mengandung, orang tua dan kanak-kanak, sangat disyorkan agar anda menggunakan air purifier di rumah bagi menapis udara agar ianya lebih bersih. Kemudian, tutup air purifier dan gunakan pula diffuser untuk melindungi diri dan keluarga anda.

Image result for air purifier coway"
Gambar Hiasan: Penapis Udara dari Coway

Antara Diffuser yang Popular

Feather the Owl Diffuser dari Young Living

#4 Kuatkan Sistem Imunisasi Badan

  1. Ambil Makanan Sihat - seperti minyak zaitun, madu, habbatus sauda, bawang putih serta makanan-makanan yang tidak melalui proses yang banyak.
  2. Ambil Supplement - bekalkan diri anda dan anak-anak dengan supplemen yang tinggi anti-oksida bagi membantu badan dan sistem imunisasi tubuh melawan ejen-ejen pembawa penyakit; seperti vitamin c, vitamin e, atau Ningxia Red
  3. Protokol EO - Kebanyakan EO yang bersifat panas; seperti oregano, thieves, thyme, basil, lemon, cinnamon, clove sangat efektif dalam meningkatkan sistem imunisasi dan melawan bawaan penyebab penyakit. Anda boleh sapu minyak ini ke tapak kaki (sapuan lebih kerap jika anda menunjukkan simptom seperti flu) atau diffuse.
Image result for thieves essential oil"


Kemaskini: Sehingga 29 Januari 2020, peningkatan sebanyak tiga(3) menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah tujuh (7) kes positif coronavirus direkodkan di Malaysia

Mineral Sunscreen Lotion SPF50

18 January 2020

Memasuki umur 30an adalah sesuatu yang menakutkan bagi saya - terutamanya apabila memikirkan isu kesihatan.

Jadi, saya memutuskan untuk komit pada satu rutin kesihatan - aktif bersenam.

Secara peribadi, saya sukakan jogging sambil menikmati alam sekitar. Berbeza dengan suami yang lebih sukakan aktiviti berbasikal.

Oleh kerana memikirkan isu keselamatan (jogging berseorangan), saya memutuskan untuk berbasikal bersama suami.

Selalunya kami akan berbasikal pada waktu pagi berbanding petang memandangkan udara pagi lebih menyegarkan.

Satu hari, sewaktu sedang bersiap dan memakai tudung untuk berbasikal di kawasan rumah, saya perasan kulit yang terlindung dengan tudung kelihatan lebih cerah berbanding di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari.




Mineral Sunscreen Lotion SPF50

Ekspektasi:

  1. Tekstur yang tidak berminyak, tidak meninggalkan kesan atau residue berwarna putih seperti kebanyakan UV cream lain di pasaran
  2. Lightweight matte finish yang membuatkan kulit terasa lembut dan licin


Kebaikan:

  1. Melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB tanpa bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti whitehead, blackhead, pigmentasi dan penuaan
  2. Broad spektrum SPF50 > penapis UV




Anda Menggunakan Peluntur atau Clorox Untuk Mencuci Rumah? Sejauh Mana Keberkesanan Sabun Pembersih Kegunaan Di Rumah Anda?

14 January 2020

Lihat hasil eksperimen ini!


Resipi Air Herba Untuk Kulit Bebas Cela

1 January 2020


Resipi #1

  • Kunyit
  • Halia
  • Asam Jawa
  • Gula Melaka
  • Manjakani, 2 biji
  • Daun pandan

Selain untuk mencantikkan kulit, air minuman ini membantu
  • Melancarkan darah haid
  • Keluarkan angin dalam badan melalui kentut dan sendawa
  • Badan menjadi lebih ringan

Resipi #2

  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Serai, 2-3 batang
  • Asam jawa, 1 sudu besar dibancuh dan ditapis
  • Molasses
  • Halba, 1 sudu kecil
  • Manjakani, 2 biji
  • Madu

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.