Kegunaan Diffuser Yang Ramai Tidak Tahu

30 December 2019


Saya menerima banyak pertanyaan dari non-oiler mengenai kegunaan dan fungsi diffuser Young Living. Ada yang beranggapan ianya sama dengan humidifier, Vaporizer dan purifier.

Sebenarnya, keempat-empat alat ini mempunyai peranan yang berbeza namun matlamat adalah sama - untuk memperbaiki dan meningkatkan kesihatan diri kita dan orang yang tersayang.

Diffuser


  • Dalam bahasa melayu, diffuser membawa maksud 'Peresap'. Diffuser (keluaran Young Living sahaja) adalah jenis cold-air diffuser yang direka untuk atomize molekul EO ke udara dimana ianya akan kekal berterusan terperangkap di dalam udara selama beberapa jam supaya kita dapat manfaat dari proses peresapan ini.
  • Diffuser jenis ini memerlukan essential oil (EO) yang asli atau tulen tanpa campuran alkohol dan seumpamanya untuk berfungsi secara optima.
  • Ia berperanan mengubah struktur molekul yang menghasilkan sebarang jenis bau (termasuk asap rokok) dan bukan hanya sekadar menutupi struktur molekul tersebut.
  • Seterusnya, ia meningkatkan kualiti oksigen yang diperlukan oleh paru-paru dan badan kita.
  • Ia juga menghasilkan ion-ion negatif yang memberi kesan yang positif pada kesihatan tubuh badan. Untuk makluman tambahan, konsentrasi ion-ion negatif paling tinggi hanya didapati dalam udara yang bersih semulajadi - biasanya di kawasan pergunungan, hutan-hutan, air terjun yang tidak diusik oleh tangan-tangan manusia; dan juga selepas waktu hujan (sebab itu sunnah Nabi Muhammad SAW menganjurkan supaya kita banyak berdoa semasa hujan). Fungsi ion-ion negatif ini adalah meneutralkan radikal bebas, mencergaskan semula sel-sel metabolisma badan, mempertingkatkan fungsi imunisasi badan, membersihkan (purify) darah, serta mengimbangi autonomic nervous system, menggalakkan tidur yang nyenyak (deep sleep) dan sistem penghadaman yang sihat. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghapuskan sebarang jenis alergen bawaan udara.
  • Selain itu juga, ia membebaskan ozon alami
  • Sesetengah EO seperti Eucalptus Globulus, Eucalyptus Radiata, Frankincense, Grapefruit, Lavender, Lemon, Lemongrass, Orange dan Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) serta campuran seperti Melrose, Purification dan Thieves sangat berkesan untuk menyingkir dan menghapus kuman dan bakteria bawaan udara penyebab pelbagai jenis penyakit seperti demam, influenza, chickenpox, beguk, campak, batuk kokol (pertussis), Tuberculosis (TB), radang kerongkong dan sebagainya. Jadi, jika salah seorang ahli keluarga kita dijangkiti oleh penyakit-penyakit ini, sangat disarankan agar kita diffuse mana-mana EO bersesuaian bagi mengelakkan ia merebak kepada ahli keluarga yang lain. Juga, jangan lupa bawa first kit ini bersama-sama pakaian anda jika anda atau ahli keluarga dimasukkan ke hospital.
  • Tidak seperti lampu atau lilin beraroma, diffuser menyebarkan EO tanpa proses pembakaran atau haba. Proses pembakaran selalunya membuatkan satu-satu minyak itu kurang terapeutik atau kurang kesan/sifat pengubatan yang ada dalam minyak tersebut. Lebih teruk lagi, ia boleh menghasilkan sebatian toksin!
  • Kajian lain menunjukkan bahawa cold-air diffusing (bersama-sama dengan EO tertentu)  boleh:
    • Mengurangkan bakteria, fungus (kulat) serta pembiakannya; dan juga bau yang tidak menyenangkan
    • Merehatkan badan, mengurangkan tekanan (stress / tension), dan melapangkan minda
    • Membantu dalam proses pengurangan berat badan
    • Memperbaik dan meningkatkan kosentrasi, fokus, kepekaan dan pemikiran yang jelas 
    • Merangsang neurotransmitter
    • Merangsang perembesan endorphins
    • Merangsang penghasilan hormon pertumbuhan dan penerimaan
    • Memperbaiki dan menambahbaik perembesan antibodi IgA yang melawan Candida
    • Memperbaiki dan menambahbaik fungsi penghadaman
    • Memperbaiki dan menambahbaik kestabilan hormon
    • Melegakan sakit kepala


[Akan dikemaskini]

Perbezaan Diffuser, Humidifier, Vaporizer dan Purifier

Panduan Untuk Diffusing


Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.