Baru-baru ini, ada beberapa orang kawan Atie yang minta tolong supaya mendaftar untuk dapatkan Premium Starter Kit with Desert Mist Diffuser (atau ringkasan PSK).
Sebenarnya, untuk dapatkan PSK ini, anda boleh mendaftar sendiri di website Young Living (YL).
Namun begitu, jika anda pertama kali atau pengguna baru, adalah sangat disyorkan supaya anda minta Enroller yang berketerampil untuk mendaftar bagi pihak anda. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda tersalah tekan memandangkan ada beberapa terminology yang agak janggal bagi pengguna baru seperti ER, PV dan sebagainya. Anda boleh rujuk link ini bagaimana nak kenal Enroller yang bertanggunjawab dan kenapa anda perlu mendaftar dengan mereka serta apakah ekspektasi yang anda perlu ada terhadap mereka.
Sebagai contoh kawan-kawan Atie tadi, ini cara Atie daftar akaun mereka.
#1 Dapatkan Maklumat Asas
Ini adalah maklumat penting yang perlu Atie ada dan anda perlu beri kepada Atie untuk mendaftar dan dapatkan set Premium Starter Kit with Diffuser (PSK)
i. Nama Penuh:
[Mesti nama sebagaimana kad pengenalan atau pasport]
ii. No. Kad Pengenalan:
iii. Email:
[Email yang aktif]
iv. Nombor Telefon:
v. Alamat:
[untuk Tujuan Penghantaran Set PSK]
Biasanya, apabila Atie mendaftar bagi pihak kawan, Atie akan guna email mereka sebagai username dan kombinasi nama dan empat (4) nombor terakhir kad pengenalan mereka supaya senang ingat dan susah lupa. Nombor pin pun guna empat digit terakhir kad pengenalan.
#2 Lengkapkan Maklumat Di Website
Semasa mendaftar, semua maklumat mestilah dilengkapkan. Pada page berikutnya, sistem akan tanya jika kita mahu aktifkan ER. Klik sahaja untuk aktifkan ER. Boleh baca berkenaan ER secara jelas disini. Untungnya bagi mereka yang daftar sekarang, anda akan dapat point dan point ini dikira secara langsung dan dimasukkan terus dalam ER bulan pertama. Masa Atie daftar dulu tak ada pun 😢
Anda akan terima terus notifikasi pendaftaran melalui email yang diberi. Maklumat untuk akses akaun biasanya Atie akan whatsapp terus pada yang mendaftar melalui Atie.
Anda akan terima terus notifikasi pendaftaran melalui email yang diberi. Maklumat untuk akses akaun biasanya Atie akan whatsapp terus pada yang mendaftar melalui Atie.
#3 Tunggu Depan Pintu Rumah
Selanjutnya, anda hanya perlu goyang kaki dan tunggu En. Kurier hantar bungkusan anda terus ke depan pintu rumah. Selalunya, esok terus dapat. Tapi tengok musim juga. Jadi, kiranya lebih selamat Atie akan cakap 2-3 hari bekerja akan dapat. Jika tak dapat dalam tempoh tiga (3) hari, terus maklum pada Atie untuk trace sebab ada kes tunggu 5-6 hari rupa-rupanya sangkut dalam gudang En. Kurier. Tapi jarang sekali berlaku.
Post a Comment