Saya.
Di awal perkahwinan sekitar tahun 2010, saya sangat teruja apabila saya lambat datang bulan atau period. Satu perkara wajib yang saya buat ketika itu adalah saya akan singgah ke farmasi selepas pulang dari kerja semata-mata untuk beli 2 atau 3 strip ujian kehamilan.
Oleh kerana terlalu excited - biasanya saya akan beli strip berbentuk digital - apabila diuji dengan urin, result akan terpapar dalam bentuk tulisan sama ada hamil atau tidak. Dan kosnya bukan murah.
Dan, saya akan ulang membuat ujian yang sama sampai strip yang dibeli habis dipakai setiap waktu pagi atau ia akan berakhir apabila naik 'bendera merah' - datang bulan.
Begitulah rutin saya untuk beberapa tahun seterusnya sehinggalah...
Satu tahap di mana badan saya masih tidak menunjukkan sebarang signal atau petanda untuk hamil walaupun mengamalkan kehidupan bersama pasangan secara aktif.
Pada tahun ketiga perkahwinan, entah bagaimana saya tergerak hati untuk google dan mencari maklumat mengenai kesukaran untuk hamil - sebagaimana keadaan diri saya ketika itu, dan setelah saya menerima hakikat bahawa sesungguhnya masih belum berjaya untuk hamil.
Hasil pencarian saya membawa saya kepada ringkasan berikut:
"Ada sesuatu yang tak kena dengan badan aku...mesti ada sesuatu...."
Kenapa saya boleh rumuskan begitu? Sebabnya adalah...
#1 Saya Kerap Senggugut- Hampir Setiap Bulan MC!
Boleh dikatakan, saya akan mengambil cuti sakit paling kurang satu (1) hari setiap bulan kerana sakit yang teramat setiap kali period. Sampai doktor yang merawat saya sudah kenal saya dengan baik - muka yang sama akan datang melawat beliau di klinik (Klinik Balqis, Taman Equine).
Saya jarang bercerita kepada teman sepejabat mengenai cuti sakit saya.
Bimbang dicop dan dikatakan mengada-ngada - sebagaimana kawan lain yang mengalami masalah sama seperti saya.
"Orang lain pon period juga, tak adalah mengada-ngada sangat sampai nak MC"
"Saya pon ada senggugut. Tapi ok saja datang kerja"
"Manja sangat, orang lain pon period juga"
Kadang-kadang, bukan orang jauh yang kata begitu. Orang yang dekat dengan kita.
"....erm, tak. Your threshold (pain threshold) level is not as high as mine. Manja..."
.
.
Senggugut sebenarnya adalah tidak normal! Sejak sekolah menengah mengalami masalah ini, hampir setiap bulan membuatkan saya rasa ia adalah perkara biasa. Rupa-rupanya tidak. Inilah kenyataannya, saya baru sedar yang rupanya senggugut yang kerap adalah tidak normal. Badan sedang memberi tahu sesuatu
Ya, setiap bulan muka yang sama datang mengadap doktor - jika bukan sebab senggugut, mesti sebab gastrik.
Keputusan drastik yang saya buat adalah - NO MORE PAIN KILLER. Hadaplah selagi boleh. Bertahan selagi mampu.
Mungkin rezeki saya bukan seperti orang lain. Datang bergolek walaupun tak minta. Istilah dapat anak secara 'eksiden' mungkin relevan untuk mereka tapi bukan saya.
Jadi saya harus lakukan sesuatu!
Saya putuskan untuk bertemu dengan doktor pakar sakit puan. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berjumpa dengan doktor di klinik dan hospital (bukan doktor pakar sakit puan). Selama beberapa kali itulah saya diberitahu oleh doktor yang keadaan badan saya sihat dan saya tak perlu bimbang apa-apa.
Saya dan suami berpegang pada mazhab doktor ini selama bertahun-tahun.
Paling best, salah seorang doktor memberitahu rahim saya normal, tiada sebarang sakit dll, saya sihat dan saya tak perlu risau memandangkan usia perkahwinan saya agak baru (3 tahun itu dikatakan masih awal) dan ada ramai lagi yang masih belum ada anak walaupun dah lebih 10 tahun. Jadi kes saya dipandang ringan oleh beliau.
Dalam hati saya menjawab "I dont wanna wait for 10 years just to know at the end there is something wrong about me!!!"
Rezeki saya, dapat berjumpa dengan Doktor Marsita pada pertama kali saya menjejak kaki ke klinik beliau. Saya dimaklumkan oleh kenalan bahawa saya perlu membuat temujanji 3 bulan lebih awal untuk jumpa dengan beliau.
Dipendekkan cerita, pertemuan pertama saya dengan doktor membuatkan saya menangis berhari-hari dan mengalami kemurungan.
Doktor Marsita memaklumkan bahawa saya ada endometriosis dan fibrosis di dinding rahim. Inilah penyebab saya sukar untuk hamil.
Walaupun begitu, ia adalah satu kelegaan buat kami. Pertanyaan, penantian kami terjawab.
Detik itulah, bermulanya perjalanan saya mencari ilmu cara untuk hamil. Namun selepas beberapa tahun, walaupun masih belum hamil, Allah bukakan pelbagai pintu rezeki lain (InSyaAllah saya akan kongsikan di lain masa).
Yang pasti, dengan asbab di atas, lahirlah Afiya® dan blog ini.
Pada tahap ini, persepsi saya mengenai kehamilan sedikit berubah.
Saya teringat satu cerita salah seorang kenalan saya yang juga merupakan pesakit endometriosis, adenomyosis dan fibroid.
Seperti saya, beliau juga telah beberapa kali menjalani major operation. Kali terakhir beliau menjalani prosedur tersebut adalah sekitar 2014 atau 2015. Selepas itu, selama 2-3 tahun beliau dan suami betul-betul menjalani rutin pemakanan dan gaya hidup sihat - mereka makan makanan yang lean, tiada sebarang makanan proses, masak sendiri di rumah, langsung tidak makan di kedai atau restoren (kecuali occasion tertentu), senaman secara rutin - selama bertahun-tahun. Khabar terbaru yang saya dengar dari beliau, selepas mengamalkan semua itu, penyakitnya sebelum ini kembali (recurrent).
Pengajaran yang saya dapat melalui kisah kawan saya ini adalah:
Keutamaan kami kini adalah untuk kekal sihat. Dan rezeki adalah milik Allah SWT. Andai tertulis pada qada & qadarnya bahawa kami akan dikurniakan anak, itu adalah ehsan dan rahmat Allah.
Dan rezeki masih lagi milik Allah sekiranya kami tidak dikurniakan anak walaupun kedua-dua kami sihat dan tiada masalah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kami.
Dan kepadanya kami pohon keredhaan dan kami berserah.
Allah Al-Musta'an
"... Dan Tuhan kami itu Yang Maha Pengasih, Yang menjadi tempat memohon pertolongan terhadap segala apa yang kamu sifatkan"
.
.
Senggugut sebenarnya adalah tidak normal! Sejak sekolah menengah mengalami masalah ini, hampir setiap bulan membuatkan saya rasa ia adalah perkara biasa. Rupa-rupanya tidak. Inilah kenyataannya, saya baru sedar yang rupanya senggugut yang kerap adalah tidak normal. Badan sedang memberi tahu sesuatu
#2 Pain-killer Pill adalah Dessert Utama Selepas Makan Nasi
Saya bergantung kepada pain-killer pill sejak sekolah. Sampai satu tahap, pil tidak lagi membantu, malah memudharat dan memberi sakit baru - gastrik. Saya pernah menjalani prosedur endoscopy kerana suspek ulser perut akibat gastrik yang teruk. Lapisan perut saya menipis dan mengalami keradangan (inflammation). Jika tak dijaga, saya akan terkena ulser perut.Ya, setiap bulan muka yang sama datang mengadap doktor - jika bukan sebab senggugut, mesti sebab gastrik.
Keputusan drastik yang saya buat adalah - NO MORE PAIN KILLER. Hadaplah selagi boleh. Bertahan selagi mampu.
#3 Saya tak Sanggup Lagi Menanti Bulan Jatuh Ke Riba
Mungkin rezeki saya bukan seperti orang lain. Datang bergolek walaupun tak minta. Istilah dapat anak secara 'eksiden' mungkin relevan untuk mereka tapi bukan saya.
Jadi saya harus lakukan sesuatu!
Jumpa Pakar Sakit Puan di Taman Melati
Saya putuskan untuk bertemu dengan doktor pakar sakit puan. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berjumpa dengan doktor di klinik dan hospital (bukan doktor pakar sakit puan). Selama beberapa kali itulah saya diberitahu oleh doktor yang keadaan badan saya sihat dan saya tak perlu bimbang apa-apa.
Saya dan suami berpegang pada mazhab doktor ini selama bertahun-tahun.
Paling best, salah seorang doktor memberitahu rahim saya normal, tiada sebarang sakit dll, saya sihat dan saya tak perlu risau memandangkan usia perkahwinan saya agak baru (3 tahun itu dikatakan masih awal) dan ada ramai lagi yang masih belum ada anak walaupun dah lebih 10 tahun. Jadi kes saya dipandang ringan oleh beliau.
Dalam hati saya menjawab "I dont wanna wait for 10 years just to know at the end there is something wrong about me!!!"
Rezeki saya, dapat berjumpa dengan Doktor Marsita pada pertama kali saya menjejak kaki ke klinik beliau. Saya dimaklumkan oleh kenalan bahawa saya perlu membuat temujanji 3 bulan lebih awal untuk jumpa dengan beliau.
Dipendekkan cerita, pertemuan pertama saya dengan doktor membuatkan saya menangis berhari-hari dan mengalami kemurungan.
Doktor Marsita memaklumkan bahawa saya ada endometriosis dan fibrosis di dinding rahim. Inilah penyebab saya sukar untuk hamil.
Walaupun begitu, ia adalah satu kelegaan buat kami. Pertanyaan, penantian kami terjawab.
Detik itulah, bermulanya perjalanan saya mencari ilmu cara untuk hamil. Namun selepas beberapa tahun, walaupun masih belum hamil, Allah bukakan pelbagai pintu rezeki lain (InSyaAllah saya akan kongsikan di lain masa).
Yang pasti, dengan asbab di atas, lahirlah Afiya® dan blog ini.
Kini.
Alhamdulillah, dalam masa sepuluh tahun perkahwinan, saya telah menjalani 2 prosedur untuk membuang endometriosis dan fibroid. Prosedur pertama adalah laparoscopy pada 2016 dan prosedur kedua adalah major operation untuk membuang endometriosis dan fibroid yang memakan masa 5 jam operasi.Pada tahap ini, persepsi saya mengenai kehamilan sedikit berubah.
Saya teringat satu cerita salah seorang kenalan saya yang juga merupakan pesakit endometriosis, adenomyosis dan fibroid.
Seperti saya, beliau juga telah beberapa kali menjalani major operation. Kali terakhir beliau menjalani prosedur tersebut adalah sekitar 2014 atau 2015. Selepas itu, selama 2-3 tahun beliau dan suami betul-betul menjalani rutin pemakanan dan gaya hidup sihat - mereka makan makanan yang lean, tiada sebarang makanan proses, masak sendiri di rumah, langsung tidak makan di kedai atau restoren (kecuali occasion tertentu), senaman secara rutin - selama bertahun-tahun. Khabar terbaru yang saya dengar dari beliau, selepas mengamalkan semua itu, penyakitnya sebelum ini kembali (recurrent).
Pengajaran yang saya dapat melalui kisah kawan saya ini adalah:
- Rezeki tidak terhad kepada anak sahaja. Boleh bernafas di dunia ini satu rezeki. Hidup dalam Islam adalah satu rezeki. Suami yang baik adalah satu rezeki. Wang berjumlah RM 0 adalah satu rezeki.
- Baik sangka kepada Allah. Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah berantai. Ianya berantaian. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan.
- Rezeki milik Allah
- Banyakkan memohon keampunan dari Allah. Janjinya
- Setiap doa dan air mata ada nilai di sisi Allah.
- Doa yang tidak dimakbulkan di dunia ini pasti ada ganjarannya di akhirat.
- Hidup kita masih belum berakhir sekiranya apa yang kita mahu tidak diperolehi. Ada rantaian yang masih belum selesai.
Keutamaan kami kini adalah untuk kekal sihat. Dan rezeki adalah milik Allah SWT. Andai tertulis pada qada & qadarnya bahawa kami akan dikurniakan anak, itu adalah ehsan dan rahmat Allah.
Dan rezeki masih lagi milik Allah sekiranya kami tidak dikurniakan anak walaupun kedua-dua kami sihat dan tiada masalah. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kami.
Dan kepadanya kami pohon keredhaan dan kami berserah.
Allah Al-Musta'an
وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
"... Dan Tuhan kami itu Yang Maha Pengasih, Yang menjadi tempat memohon pertolongan terhadap segala apa yang kamu sifatkan"
- Surah al-Anbiya' Ayat 112
Post a Comment