Buat Produk Sendiri di Rumah? Anda Wajib Lakukan Ini Terlebih Dahulu!

22 April 2017


Atas kesedaran ramai antara kita mula beralih dari menggunakan produk dari kedai kosmetik kepada produk buatan dirumah atau buatan tangan (tradisional).

Ada yang memilih untuk membuat sendiri produk penjagaan kulit.

Ini adalah 3 perkara penting apabila kita memilih untuk membuat produk sendiri.

#1 Steril 

Rutin yang paling penting apabila membuat sendiri produk dirumah secara handmade adalah pastikan semua perkakas disteril.

Cara paling mudah untuk steril barangan adalah dengan menggunakan air yang mendidih; konsep yang sama apabila steril botol susu bayi.

Cara kedua adalah menggunakan microwave.
- air panas
- alkohol spray

#2 Guna Bekas yang Sesuai

Sesetengah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit atau badan adalah sensitif terhadap barangan plastik.

Oleh itu, bagi setiap bahan yang digunakan, anda perlu tahu cara penyimpanan yang terbaik.

Contoh: 'Essential oil' perlu disimpan dalam bekas kaca jenis amber bewarna gelap. Oleh itu, jika produk yang dihasilkan ada menggunakan minyak ini, anda perlu mempertimbangkan penggunaan bekas kaca (walaupun kaca agak berat berbanding plastik - jika anda menjual produk yang dihasilkan, secara langsung peningkatan kos pengendalian dan penghantaran perlu dimasukkan secara tepat dalam 'costing')

Jika anda perasan, minyak kelapa dara yang terbaik menggunakan bekas kaca yang gelap bagi memastikan kualitinya terjaga. Minyak kelapa banyak digunakan dalam proses pembuatan sabun, minyak urut atau minyak angin sebagai 'carrier oil'. Jika anda mahu menggunakan minyak kelapa dara, pilihan terbaik adalah jenis perahan sejuk.


#3 Guna Air Suling 

Air suling adalah air tanpa sebarang mineral di dalamnya. Penggunaan air suling dalam pembuatan produk secara DIY dirumah adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kehadiran mineral yang boleh mempengaruhi tindakbalas bahan-bahan yang digunakan.

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.