Bagaimana Bekam Boleh Mengubati 1001 Penyakit

30 December 2019


Perkataan dan anjuran Rasulullah SAW mengenai bekam berdasarkan hadis:

  1. "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua (72) penyakit". 
  2. "Kesembuhan itu terdapat pada tiga (3) perkara iaitu minuman madu, sayatan alat bekam kan kai (pembakaran) dengan api dan sungguh aku melarang umatku dari kai" 
  3. "Sungguh, pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
  4. "Sebaik-baik ubat adalah bekam dan 'fashd"
  5. "Perintahkan umat kamu untuk berbekam"
  6. Dari riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas' ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam"" - Sahih Al-Jami' : 5761
  7. "Sungguh, sebaik-baik ubat kamu adalah bekam" 
  8. Sebaik-baik hamba adalah juru bekam, ia membuang darah, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan - Hadis hasan gharib: 1978, At-Tibb
  9. Dari Malih bin Abdullah Al-Khathmi, dari ayahnya yang berkata Rasulullah SAW bersabda,"Lima (5) perkara termasuk sunnah para Rasul iaitu malu, bekam, siwak dan memakai wangian" 
  10. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah SWT dan mereka telah berkata Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Imam Tirmizi dan Imam Baihaqi)
  11. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah)”. (HR Imam Ibnu Majah dan Imam Abu Dawud)
  12. Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam At Thabrani)
  13. Dari Jabir Al-Muqni berkata : "Aku tidak akan merasa sihat sehingga berbekam, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan"
  14. Dari Anas bin Malik r.a., ditanya mengenai Hijamah, beliau berkata : bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam/hijamah dan memerintahkan keluarga beliau dan Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang kalian (lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam Muslim)

[akan dikemaskini] 

Amaran & Peringatan- tidak dibenarkan untuk copy & paste dalam apa jua bentuk memandangkan konten yang ditulis ini masih tidak lengkap, hanya mengambil maksud hadis tanpa matan asli dan rujukan yang penuh. Perkongsian ini sekadar membuka langkah pertama untuk kita sama-sama menggali hadis dan ilmu ini dengan lebih terperinci. Segala kekurangan adalah datang dari pihak saya sebagai penulis dan bukannya dari hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang mulia] 


















Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.