Serum dan Cara Betul Menggunakannya

20 October 2016


Saya mulai tertarik dengan produk kecantikan sejak di bangku sekolah lagi. Pada awalnya, saya hanya menggunakan pencuci muka sebagai rejim penjagaan kulit wajah. Tidak pernah memakai satu set lengkap. Selepas mencuci muka, kadang kala saya akhiri rutin tersebut dengan toner sahaja atau krim ‘universal’ (Sebenarnya, saya kurang pasti krim yang saya guna pada waktu adalah krim siang atau malam – atau mungkin krim pencerah). Yang pasti, saya tidak memakai sebarang bedak atau krim pada sebelah siang memandangkan pihak sekolah melarang keras pelajar perempuan ‘melaram’. Tambahan lagi, memang saya kurang gemar kulit muka saya dilitupi dengan sebarang krim. Lemas.
Apabila menjejakkan kaki ke universiti, saya mula memakai set penjagaan kulit yang lengkap – ada pencuci muka, krim siang, dan krim malam. Dan berterusan hingga sekarang. Yang berbeza adalah produk yang digunakan.
Sudah beberapa kali saya bertukar jenama produk atas sebab-sebab tertentu. Ada yang sudah serasi, namum terpaksa berhenti menggunakannya apabila saya perasan kulit muka menjadi sangat sensitif dan bertukar merah serta pedih apabila terdedah kepada cahaya matahari walaupun seketika. Selain itu, hanya sekadar suka-suka dan ingin mencuba kerana tertarik dengan bungkusannya yang cantik.
Namun, sepanjang hidup saya, tidak pernah saya menggunakan serum wajah sehinggalah saya menerima kiriman yang sangat istimewa dari seorang kenalan.
“Puan, ada parcel untuk puan di atas meja”, tegur salah seorang pekerja saya sewaktu saya melangkah masuk ke pejabat.
Saya membuka perlahan parcel tersebut sebaik sahaja tiba di bilik. Isinya adalah sebuah kotak bewarna ungu – Madeena Skincare +With Gold Serum dan nota.
Bau yang sangat harum memenuhi hidung apabila kotak itu dibuka. Didalamnya ada seketul sabun yang berbalut, sebotol serum, sebekas krim siang dan juga krim malam.
Terujanya saya sehingga hampir menumpahkan serum pada baju apabila membuka penutupnya. Serum ini berbentuk cecair dan jernih. Apabila dipakai, ia mengering dengan cepat dan meninggalkan kesan ‘ringan dan lembut’ pada kulit.
Laju dan ringan adalah kualiti yang menjadi pemberat dalam pertimbangan apabila kita memilih kereta atau laptop. Kedua-dua faktor itu juga menjadi ciri paling penting apabila saya ingin memilih serum wajah – bersifat ringan dan cepat menyerap.

Paling menarik tentang serum wajah terletak pada kandungannya. Serum diperbuat dengan menyingkirkan sebahagian besar cecair. Oleh itu, apa yang tinggal adalah bahan aktif yang ‘highly-concentrated’. Secara ringkas, jika formulasi serum itu adalah untuk anti-penuaan, bermakna dos bagi setiap bahan yang digunakan seperti ejen antioksida atau asid kojic adalah lebih tinggi dari mana-mana barisan produk penjagaan lain (seperti krim atau pencuci).
Untuk menggunakan set penjagaan kulit yang mempunyai serum seperti Madeena Skincare tidak susah dan tidak memakan masa. Untuk 3 hari pertama menggunakan Madeena Skincare +with Gold Serum, sapu Madeena Perfect Day Cream (waktu siang) atau Madeena Perfect Night Cream (sebelum tidur) selepas mencuci muka dengan Madeena Rice Milk Facial Bar with Collagen. Untuk hari keempat dan seterusnya, rutinnya masih sama kecuali penambahan penggunaan Madeena Perfect Gold Serum sebelum mengenakan krim malam.

Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.