Tak Perlu Putih Untuk Cantik! Belajar Sayangi Kulit Sendiri Tak Kira Apa Tona Warnanya

9 February 2018



Saya terlihat status aktres lokal - Nabila Huda yang 'sound' penjual produk pemutih kulit di IG. Win!!



Semasa sambung diploma dulu, saya tinggal di kolej dengan 2 orang lagi roomate. Masing-masing dari Kelantan dan Kedah dan kami dalam kursus yang sama. Tanpa dirancang, pada semester satu kami berada dalam satu kelas untuk kesemua subjek yang diambil. Jadi, hampir setiap kami akan ke kelas bersama-sama. Jarak kelas dan kolej agak jauh, tambahan lagi kampus kami terletak di atas bukit.

Setiap kali kami berjalan, pasti banyak mata yang memandang ke arah kami. Tak kurang ada yang cuba mengayat. Yang pasti, all the spotlight, perhatian tertumpu pada kawan saya yang berasal dari Kedah, Nurul.

Nurul memiliki tubuh yang kecil molek, raut wajah baby face, kulit yang putih dan flawless, bibir dan pipi kemerah-merahan walaupun tanpa mekap dan kening yang terbentuk dan lebat. Walaupun bermata sedikit sepet, yang pasti Nurul berada dalam kategori 'laku keras'.

Berbanding saya dan seorang lagi kawan, Angah, kulit kami seperti kebanyakan gadis nusantara, kulit kuning langsat atau sawa matang, tanpa sebarang cela di wajah. Namun, disebabkan perbezaan ini Angah memilih untuk ke kelas atau kemana-mana tanpa Nurul. Angah pernah menyatakan perasaannya yang beliau malu untuk berjalan dengan Nurul kerana beliau merasa rendah diri dan rasa tidak cantik. Semua orang memuji-muji Nurul. Seolah-olah tiada siapa yang perasan kewujudannya walau hanya berdiri di sebelah Nurul.

Pada semester kedua, angah memilih untuk tidak mengambil kelas yang sama dengan Nurul.
Ia berpunca dari persepsi yang semakin membarah di kalangan masyarakat kita. Di mana-mana, pasti ada statement yang berbaur 'double-standard' mendoktrin pemikiran-pemikiran orang kita yang melabel orang berkulit gelap tidak cantik. Sehinggakan ada anak kecil seusia 5 tahun sudah pandai melabel dirinya tidak cantik sebab memiliki kulit yang gelap!

Jika kita tidak membendung pemikiran yang cetek seperti ini, tidak mustahil 3 hingga 10 tahun akan datang Malaysia akan terkenal dengan wanita yang memiliki masalah kulit yang kronik dan self-esteem yang sangat rendah.

Hentikan propaganda putih itu cantik.
Hentikan kempem dan iklan-iklan yang mengagung-agungkan kulit putih.
Putih tak semestinya cantik.
Kulit yang sihat itulah cantik.
Keyakinan yang tinggi itulah cantik.
Personaliti yang tersendiri itulah kecantikan yang sebenar.


Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.