Jika Tidak Kerana Doktor Telah Disahkan, Saya Mungkin Tak Akan Percaya Pesakit Kanser Prostat Ini Boleh Sembuh

17 February 2018



Sejak saya menjalani laparoskopi untuk buang cyst (sejenis ketumbahan) dalam rahim pada 2015, saya banyak membuat research tentang makanan sihat. Segala research journal, buku-buku tentang kesihatan serta testimoni mereka yang mengamalkan pemakanan sihat saya baca dan buat catatan.

Dalam banyak-banyak yang saya baca, ada satu yang sangat menarik perhatian saya.

Seorang nurse berkongsi cerita mengenai ayahnya yang selesai menjalani pembedahan setelah disahkan mengidap kanser prostat. Namun entah bagaimana, beberapa bulan selepas pembedahan sel kanser terus merebak dan menyerang organ-organ lain; paru-paru, lymphatic nodes adalah antara yang kritikal.

Doktor menyarankan agar ayahnya menjalani rawatan kemoterapi bagi 'membunuh' sel-sel kanser yang sangat cepat merebak. Memandangkan beliau adalah seorang nurse, beliau sangat tahu dan sedia maklum kesan dari kemoterapi. Kemoterapi atau kemo bukan sahaja boleh membunuh sel kanser, malah sel-sel badan yang normal atau sihat juga turut terkena tempias. Malah ia boleh menyebabkan berlaku kerosakan jangka masa panjang pada sel. Sesetengah ubat kemo menyebabkan kesan sampingan yang berbeza-beza seperti rambut gugur, keletihan yang melampau, kerosakan pada hati, ketidaksuburan, anemia, muntah-muntah, masalah pada sistem saraf atau otot dan lain-lain.

Oleh kerana beliau tidak sanggup melihat ayahnya lebih terseksa, beliau cuba memberi ayahnya Black Seed Oil (BSO) atau minyak habbatus sauda setelah disarankan oleh seorang rakan.

Ayahnya mengambil BSO setiap hari secara konsisten sebagai alternatif kepada kemo. Setiap pagi dan malam beliau akan pastikan ayahnya mengambil 2 sudu BSO.

Selepas 6 bulan mengamalkan rutin ini, beliau membawa ayahnya ke hospital untuk pemeriksaan berkala. Prosedur biasa bagi pemeriksaan pesakit kanser prostat adalah dengan membuat PSA Test bagi mengukur dan mengetahui jumlah antigen tertentu dalam darah.

Alangkah terkejutnya mereka apabila doktor memaklumkan keputusan test tersebut adalah 0 - bermaksud badan ayahnya telah bebas dari sel kanser. Bagi kedua-dua beranak itu, mereka percaya bahawa khabar gembira itu adalah hasil dari amalan black seed oil yang konsisten - seolah-olah seperti menjalani rawatan kemoterapi namun tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Menurut beberapa sumber yang pernah saya baca, Prof. Lutz Bannasch dari German contohnya menyatakan bahawa black seed oil memiliki khasiat anti-tumor tanpa efek sampingan seperti yang terjadi pada kemoterapi dan penyinaran.

Manakala Dr. Stanley Kopok dari USA mengatakan bahawa black seed oil memainkan peranan yang sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka waktu lama, dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.

Selain itu, seorang ilmuwan juga mengatakan bahawa black seed oil  mampu merangsang dan meningkatkan membran sel-sel normal terhadap virus yang merosakkan badan sekaligus dapat membunuh sel-sel tumor serta meningkatkan kualiti dan daya tahan tubuh.

Black seed oil sebagai nutrisi tambahan yang cukup penting untuk golongan lanjut usia

Nutrisi tidak hanya diperuntukan bagi wanita, anak-anak, orang dewasa, ibu hamil atau ibu menyusui. Tetapi nutrisi yang terdapat dalam black seed oil juga sangat diperlukan oleh mereka yang sudah lanjut usia, untuk memelihara kesihatan serta daya tahan tubuh kerana usia dan kemampuan organ tubuh yang semakin melemah.

Nutrisi yang terkandung dari black seed oil juga sangat diperlukan untuk sel otak guna mencegah dari kepikunan, memelihara dan meningkatkan memori atau ingatan, menyimpan memori serta mencegah penurunan fungsi kerja otak. Ini kerana black seed oil memiliki kandungan nutrisi lengkap - 15 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan.

Penemuan dan kajian oleh sarjana serta pengalaman yang diperolehi oleh mereka yang pernah mengamalkan BSO sangat konsisten dan bertepatan dengan ajaran Islam melalui sebuah hadis sahih;

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:

" Tetaplah kamu dengan Habbatus Sawda’ ini kerana sesungguh padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati) "
- Riwayat Bukhari dan Muslim


Walaupun ayah kepada nurse telah disahkan bebas kanser oleh doktor, mereka sekeluarga masih dan tetap mengamalkan black seed oil untuk kesihatan tubuh badan kerana yakin dengan kehebatan black seed oil.

Bagaimana pula dengan kita?


Nur Aziatie | +6011 1017 8305
Certified Stimulatherapist & #1 Employee at Afiya®
16 February 2018

Afiya Black Seed Oil
Cold Pressed & 100% Pure
50ml


Sebotol untuk kegunaan selama 2 bulan

Dapatkan sekarang di: http://wasap.my/601110178305/

Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.