Ada yang memilih untuk membuat sendiri produk penjagaan kulit.
Ini adalah 3 perkara penting apabila kita memilih untuk membuat produk sendiri.
#1 Steril
Rutin yang paling penting apabila membuat sendiri produk dirumah secara handmade adalah pastikan semua perkakas disteril.Cara paling mudah untuk steril barangan adalah dengan menggunakan air yang mendidih; konsep yang sama apabila steril botol susu bayi.
Cara kedua adalah menggunakan microwave.
- air panas
- alkohol spray
#2 Guna Bekas yang Sesuai
Sesetengah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk penjagaan kulit atau badan adalah sensitif terhadap barangan plastik.#3 Guna Air Suling
Air suling adalah air tanpa sebarang mineral di dalamnya. Penggunaan air suling dalam pembuatan produk secara DIY dirumah adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang kehadiran mineral yang boleh mempengaruhi tindakbalas bahan-bahan yang digunakan.Jodoh Akan Sampai Tepat Pada Waktunya
10 February 2017
Ia sama seperti jodoh. Kita mesti bersabar, dan redha dengan apa yang Allah tentukan.
Mahu Kurus? Tingkatkan Metabolisma Badan!
9 January 2017
Fahami Konsep Metabolisma Badan Mereka yang Bertubuh Fit.
Sama seperti kereta memerlukan minyak sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kenderaan, begitu juga badan kita. Metabolisma umpama pengurus minyak dan kereta umpama badan kita. Metabolisma merupakan jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.
Sebenarnyam tubuh kita membakar kalori secara berterusan setiap saat, bukan sahaja sewaktu kita bersenam, malah semasa kita tidur, membeli belah, mengemas rumah, menonton tv mahupun memasak.
Setiap individu memiliki metabolisma badan yang berbeza bergantung kepada komposisi tubuh badan seperti jumlah lemak dan otot.
Individu yang memiliki banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak. Ini kerana tisu otot menggunakan (atau membakar) lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya.
Oleh itu, apabila anda berhasrat untuk memiliki badan yang lebih kurus dan fit, atau mahu mengekalkan kecergasan badan, anda perlu meningkatkan metabolisma badan.
Metabolisma badan yang lebih tinggi membantu anda mencapai sasaran untuk kurus dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisma anda:
#1 Minum Air Secukupnya.
Badan kita terdiri dari hampir 80% air. Oleh itu, untuk mengekalkan setiap fungsi badan secara optimum, anda perlu minum air putih secukupnya. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan.#2 Ambil Supplemen.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda bergantung dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
#3 Makan!
Sebagaimana yang disarankan oleh agama, makan secara sederhana banyak kebaikannya. Konsep makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang sebenarnya bermaksud makan dalam keadaan perut tidak terlampau lapar, berhenti sebelum kita berasa kenyang dan makan dalam kuantiti yang sedikit. Konsep makan begini membuatkan kita makan dengan agak kerap. Dan, itu bagus untuk perut dan badan.Cuba amalkan konsep ini dengan formula '1/3 udara, 1/3 makanan dan 1//3 air'
Sekiranya perut anda sudah mula berasa lapar, bermakna ia memerlukan makanan. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
Bagi pesakit endometriosis atau sakit puan contohnya, pakar sangat menyarankan anda mengambil makanan LCHF (Low Carbs High Fibre).
Lihat selanjutnya tentang LCHF.
#4 Tidur yang cukup.
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
Jika anda boleh tidur pada waktu tengahari, masa yang disarankan adalah 30 - 45 minit sebelum masuk waktu zohor dan tidur selama 30 minit. 1 minit tidur pada waktu ini seolah-olah anda telah tidur lena selama 3 jam pada waktu malam.
#5 Hindar Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. Atau, cuba adakan 'me-time' dan isi waktu tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang anda sangat sukai dan minati.
Jika anda sangat meminati kucing, anda boleh habiskan waktu tersebut dengan bermain dengan kucing kesayangan.
#6 Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
#7 Lakukan senaman menggunakan pemberat.
Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Dengan meningkatkan otot, tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
#8 C untuk cergas.
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
#9 Pedas!
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
Namun, jika anda mengidap gastrik anda perlu berhati-hati. Pastikan anda minum air yang banyak selepas makan makanan pedas.
#10 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Bonus:
Amalkan beberapa sudu minyak kelapa dara setiap hari. Minyak kelapa dara adalah dari jenis MCFAs serta kaya dengan asid laurik yang membekalkan tenaga secara serta merta. Ia membantu badan meningkatkan metabolisma dan masa yang sama menguatkan badan.Lihat kebaikan minyak kelapa dara.
MITOS atau FAKTA? Kandungan Nutrisi di dalam Minyak Kelapa yang Sangat Bagus untuk Kesihatan Tubuh Badan
2 December 2016
2) Asid Capric
2) Asid Caprylic
Mesti Cuba - Latte Kunyit yang Sangat Sedap dan Tinggi khasiat
23 October 2016
Panaskan Badan Dengan Minuman Ini - Sangat Disyorkan Untuk Wanita Berpantang Selepas Bersalin atau Datang Bulan
Kunyit adalah salah satu herba yang banyak digunakan dalam perubatan alternatif oleh masyarakat berbangsa india; atau lebih dikenali sebagai Ayurveda. Namun begitu, kunyit juga tidak asing dikalangan kaum melayu bahkan ia merupakan 'herba penawar' yang digunakan secara meluas untuk tujuan kesihatan oleh masyarakat timur.
Kunyit sangat terkenal dengan sifatnya sebagai anti-oksida, anti-inflamasi, anti-bakteria dan anti-mikrob yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik dan merbahaya. Baca selanjutnya tentang khasiat kunyit di Kunyit - Herba Penawar Tradisi Timur.
Penggunaan kunyit tidak terhad untuk masakan, bahkan ia boleh diambil sebagai salah satu minuman kesihatan yang sangat sedap - seperti Turmeric Milk/Latte atau susu kunyit. Dalam Ayurveda, susu kunyit ini (nama yang dimodenkan adalah latte :)) lebih dikenali sebagai 'haldi doodh'.
Selain teh susu yang dicampur halia, latte kunyit ini juga menjadi kegemaran saya terutamanya apabila waktu menstrual. Ia sangat membantu melegakan perut kembung, membantu mengeluarkan angin serta memanaskan badan. Sangat sesuai untuk ibu yang berpantang (ambil dalam kadar yang sederhana jika breastfeed).
Jika mahu cuba, anda boleh ikuti resipi di bawah.
*Saya lebih suka menggunakan kunyit dan halia hidup masing-masing sebanyak 2 dan 1 inci. Untuk lada hitam saya guna sebanyak 5 biji.
Kesemua bahan dikisar sehingga hancur dan sebati sebelum dipanaskan di atas dapur.
Disebabkan tekstur menjadi berhampas, saya tapis sebatian susu tersebut dan tinggalkan satu sudu kecil hampas yang telah ditapis supaya rasanya lebih 'kick'.
Ternyata, rasanya agak 'mewah' dengan rempah dan manis yang terasa dihujung lidah.
1 cawan susu badam (boleh diganti dengan santan segar atau susu segar)
1 sudu teh minyak kelapa dara
1-2 sudu teh serbuk kunyit @ 2 inci kunyit hidup
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
secubit serbuk lada hitam @ 5 biji lada hitam
1 inci halia muda yang diparut halus
1 sudu besar madu
Seterusnya;
Cara 2 (Simpler):
Tambahan amalan untuk kesembuhan bagi masalah di dalam perut:
1)
Campur: 60ml air zam zam
atau air mineral + 1 sudu besar madu + ½ sudu teh minyak zaitun | (Boleh guna resipi yang dikongsi di atas juga, tapi kena kurangkan kunyit dan selang hari jika nak amalkan selama 40 hari berturut)
2)
Sebelum minum, baca ayat
berikut:
1. |
Surah
Al-Fatihah | Quran 01:1-7 |
|
|
|
|
|
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيم صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ
أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ |
|
|
|
|
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (١) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang
sesat (7) |
|
|
|
|
|
|
|
2. |
Surah
Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Qursi) | Quran 02:255 |
|
|
|
|
|
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ |
|
|
|
|
|
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap
hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang
tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di
sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan
mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui
sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi
langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta
memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi
Maha Besar (kekuasaanNya) |
|
|
|
|
|
|
|
3. |
Surah
At-Toriq, Ayat 4 | Quran 86:04 |
|
|
|
|
|
إِن كُلُّ نَفۡسٍ۬ لَّمَّا عَلَيۡہَا حَافِظٌ۬ |
|
|
|
|
|
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga
(keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya) |
|
|
|
|
|
|
4. |
Surah
Al-Furqan, Ayat 23 | Quran 25:23 |
|
|
|
|
|
وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٍ۬ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَآءً۬ مَّنثُورًا |
|
|
|
|
|
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan
dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang
sebagai debu yang berterbangan |
|
|
|
|
|
|
|
5. |
Surah
Asy-syuara, Ayat 80 | Quran 26:80 |
|
|
|
|
|
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ |
|
|
|
|
|
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku |
|
|
|
|
|
|
|
6. |
Surah
Al-Anbiya, Ayat 83 | Quran 21:83 |
|
|
|
|
|
۞ وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ
وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ |
|
|
|
|
|
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu
kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang
Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang
mengasihani |
|
|
|
3)
Minum semasa perut kosong
atau sebelum makan, 1 kali pagi dan 1 kali malam.
4)
Amalkan selama 40 hari secara
berterusan dengan yakin. InsyaAllah, bi iznillah, Allah SWT bukakan jalan dan anugerahkan
kesembuhan.
5)
Amalan ini boleh diamalkan
untuk sakit urat dan mereka yang telah mengambil vaksin.
DIY Skrub Bibir Menggunakan Bahan-Bahan di Dapur
21 October 2016
Ramuan Mandian Herba
- 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
- 10 helai daun limau purut
- 6 batang daun serai bersama serai
- Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
- 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
- 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
- Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Cara Menyediakan Air Mandian
- Ambil periuk tanah yang berukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjut.
- Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Social Icons