Buat Sendiri Hand Purifier Anda
29 January 2020
Sebagaimana kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah pada 26 Januari 2020 jumlah kumulatif kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah 23 kes; di mana empat belas (14) adalah warganegara Malaysia, lapan (8) warganegara China dan satu (1) warganegara Jordan.
Dari jumlah 23 kes ini, hanya satu (1) kes yang positif 2019-nCoV iaitu seorang lelaki warganegara China berusia 40 tahun. Dan empat (4) kes diletakkan dalam isolasi di beberapa buah hospital sementara keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat.
Langkah-Langkah Melindungi Diri & Keluarga Dari Ancaman Jangkitan Koronavirus
Berikut adalah panduan untuk kita semua sebagai satu usaha untuk mengurangkan risiko jangkitan bukan sahaja coronavirus, malah penyakit-penyakit lain juga.
#1 Berdoa - Mohon Bantuan Dari Allah SWT
Hadis Pertama
Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya:
Sesiapa yang membaca;
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
...sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).
[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]
Hadis Kedua
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”
[Riwayat Muslim (2709)]
Hadis Ketiga
Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:
لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ، حِينَ يُمْسِي، وَحِينَ يُصْبِحُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”.
[Riwayat Abu Daud (5074)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]
Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]
Hadis Keempat
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.”
[Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]
Sumber: Hadis-hadis di atas dipetik dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
#2 Hindari Tempat-tempat Berlaku Kes Jangkitan Koronavirus
Jika tiada keperluan yang mendesak, elakkan dari hadir ke tempat-tempat yang positif kes Coronavirus serta tempat-tempat tumpuan pelancong.#3 Amalkan Kebersihan Yang Tinggi
Pakai Face Mask
Pakai face mask dan rubber glove jika anda terpaksa hadir ke tempat-tempat yang positif kes Coronavirus serta berada di kalangan orang yang menunjukkan simptom-simptom virus tersebut.
Kerap cuci tangan
Amalkan mencuci tangan dengan sabun secara kerap bagi mengelakkan penyebaran jangkitan virus ini.
Guna Hand Sanitizer
Sentiasa menggunakan hand sanitizer apabila berada di kawasan awam, hospital dan tempat-tempat yang sesak. Pilih sanitizer yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Antara yang disyorkan adalah Theives Waterless Hand Purifer jenama Young Living kerana ia mengandungi bahan aktif semulajadi seperti Peppermint, Clove, Lemon, Eucalyptus Radiata, Rosemary serta Cinnamon Essential Oils yang terkenal dengan sifat anti-bakteria, anti-fungal dan anti-virus.
(Jika anda pengguna baru essential oil, boleh klik disini untuk baca bagaimana essential oil berfungsi dan bermanfaat kepada manusia)
(Jika anda pengguna baru essential oil, boleh klik disini untuk baca bagaimana essential oil berfungsi dan bermanfaat kepada manusia)
Guna Air Purifier dan Diffuser
Bagi mereka yang mudah terkena demam atau selesema, pesakit asthma, wanita mengandung, orang tua dan kanak-kanak, sangat disyorkan agar anda menggunakan air purifier di rumah bagi menapis udara agar ianya lebih bersih. Kemudian, tutup air purifier dan gunakan pula diffuser untuk melindungi diri dan keluarga anda.![]() |
Gambar Hiasan: Penapis Udara dari Coway |
![]() |
Antara Diffuser yang Popular |
![]() |
Feather the Owl Diffuser dari Young Living |
#4 Kuatkan Sistem Imunisasi Badan
- Ambil Makanan Sihat - seperti minyak zaitun, madu, habbatus sauda, bawang putih serta makanan-makanan yang tidak melalui proses yang banyak.
- Ambil Supplement - bekalkan diri anda dan anak-anak dengan supplemen yang tinggi anti-oksida bagi membantu badan dan sistem imunisasi tubuh melawan ejen-ejen pembawa penyakit; seperti vitamin c, vitamin e, atau Ningxia Red
- Protokol EO - Kebanyakan EO yang bersifat panas; seperti oregano, thieves, thyme, basil, lemon, cinnamon, clove sangat efektif dalam meningkatkan sistem imunisasi dan melawan bawaan penyebab penyakit. Anda boleh sapu minyak ini ke tapak kaki (sapuan lebih kerap jika anda menunjukkan simptom seperti flu) atau diffuse.

Kemaskini: Sehingga 29 Januari 2020, peningkatan sebanyak tiga(3) menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah tujuh (7) kes positif coronavirus direkodkan di Malaysia
Mineral Sunscreen Lotion SPF50
18 January 2020
Memasuki umur 30an adalah sesuatu yang menakutkan bagi saya - terutamanya apabila memikirkan isu kesihatan.
Jadi, saya memutuskan untuk komit pada satu rutin kesihatan - aktif bersenam.
Secara peribadi, saya sukakan jogging sambil menikmati alam sekitar. Berbeza dengan suami yang lebih sukakan aktiviti berbasikal.
Oleh kerana memikirkan isu keselamatan (jogging berseorangan), saya memutuskan untuk berbasikal bersama suami.
Selalunya kami akan berbasikal pada waktu pagi berbanding petang memandangkan udara pagi lebih menyegarkan.
Satu hari, sewaktu sedang bersiap dan memakai tudung untuk berbasikal di kawasan rumah, saya perasan kulit yang terlindung dengan tudung kelihatan lebih cerah berbanding di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari.
Mineral Sunscreen Lotion SPF50
Ekspektasi:
- Tekstur yang tidak berminyak, tidak meninggalkan kesan atau residue berwarna putih seperti kebanyakan UV cream lain di pasaran
- Lightweight matte finish yang membuatkan kulit terasa lembut dan licin
Kebaikan:
- Melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB tanpa bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti whitehead, blackhead, pigmentasi dan penuaan
- Broad spektrum SPF50 > penapis UV
Resipi Air Herba Untuk Kulit Bebas Cela
1 January 2020
Resipi #1
- Kunyit
- Halia
- Asam Jawa
- Gula Melaka
- Manjakani, 2 biji
- Daun pandan
Selain untuk mencantikkan kulit, air minuman ini membantu
- Melancarkan darah haid
- Keluarkan angin dalam badan melalui kentut dan sendawa
- Badan menjadi lebih ringan
Resipi #2
- Kunyit hidup
- Halia
- Serai, 2-3 batang
- Asam jawa, 1 sudu besar dibancuh dan ditapis
- Molasses
- Halba, 1 sudu kecil
- Manjakani, 2 biji
- Madu
Tunggu! Jangan buka lagi sebelum anda lakukan ini!
#1 - Letak parcel yang anda baru sahaja terima di atas meja cantik-cantik, kemudian ambil gambar! Lagi cantik jika ada donut warna-warni, kek dan kopi sekali 😘😂
#2 - Kongsikan gambar yang dah ambil tu dalam group whatsapp keluarga, BFF, jiran satu taman dan rakan sekerja dengan caption berikut:
"Assalamualaikum anak-beranak / bff dunia akhirat / warga taman x / kawan-kawan sekalian,
Lama dah tak lepak sambil mengopi dengan korang semua, jemput datang rumah petang esok, ya... kita minum kopi dan makan kek sambil borak-borak.. Yang mana nak bawa nasi arab ke, mee kari ke, elok sangat tu 😁😂
Jangan lupa datang tau!"
Senang saja langkah-langkah S. E. T untuk mulakan oiling journey anda semua dengan Young Living, kan?
Dengan cara ini, anda membantu membina satu komuniti yang cakna dan peduli untuk sama-sama sihat luar dan dalam (kecuali part donat dan kek tu 🤭😂)
Love it? Share it!
Anda mungkin tertanya-tanya apakah S. E. T. tu?
Selain S. E. T di atas, ada tambahan satu lagi - iaitu P & P.
Maksudnya, sekarang Pi Prepare apa yang patut untuk esok. Jangan lupa diffuse essential oil yang ada dalam PSK yang baru sampai tu sekali sebelum dan semasa tetamu kehormat sampai petang esok, ya 🤭... Selasa nak bergosip (sharing) tentang YL nanti
Boleh tengok fungsi setiap EO dalam PSK di sini, ya.
#1 - Letak parcel yang anda baru sahaja terima di atas meja cantik-cantik, kemudian ambil gambar! Lagi cantik jika ada donut warna-warni, kek dan kopi sekali 😘😂
#2 - Kongsikan gambar yang dah ambil tu dalam group whatsapp keluarga, BFF, jiran satu taman dan rakan sekerja dengan caption berikut:
"Assalamualaikum anak-beranak / bff dunia akhirat / warga taman x / kawan-kawan sekalian,
Lama dah tak lepak sambil mengopi dengan korang semua, jemput datang rumah petang esok, ya... kita minum kopi dan makan kek sambil borak-borak.. Yang mana nak bawa nasi arab ke, mee kari ke, elok sangat tu 😁😂
Jangan lupa datang tau!"
Senang saja langkah-langkah S. E. T untuk mulakan oiling journey anda semua dengan Young Living, kan?
Dengan cara ini, anda membantu membina satu komuniti yang cakna dan peduli untuk sama-sama sihat luar dan dalam (kecuali part donat dan kek tu 🤭😂)
Love it? Share it!
Anda mungkin tertanya-tanya apakah S. E. T. tu?
START
- Anda sememangnya sangat awesome sebab dah start dengan pembelian Premium Starter Kit (PSK)
- Apa yang anda dapat (selain set PSK) apabila dah start itu adalah anda boleh menikmati pembelian secara discount dari harga runcit sehingga 24%
- Selain itu, anda juga dapat mengakses Compensation Plan Young Living
- Dan, anda dapat menyertai group support atau community support secara global!
ESSENTIAL REWARDS (ER)
- Jadi, S pertama dah selesai. Seterusnya, anda boleh menyertai program kesetiaan (loyalty program) yang eksklusif iaitu Essential Reward atau ER supaya anda konsisten menjadikan EO sebagai salah satu gaya hidup sihat anda setiap hari
- Dengan ER ini, anda boleh buat pesanan secara automatik, potongan kos penghantaran, mendapat harga potongan tambahan untuk mana-mana kempen hampir setiap bulan, produk YL percuma, dan macam-macam lagi
THREE = FREE 😍
- Oleh kerana anda semakin passionate dengan set PSK atau mana-mana produk Young Living, sekarang anda boleh kongsikan gaya hidup baru ini dengan tiga (3) orang rakan atau ahli keluarga dan bantu pula mereka dalam perjalanan mereka bersama Young Living apabila mereka juga menempah PSK.
- Dengan cara ini, sama ada anda bekerja atau berkhidmat untuk keluarga sebagai suri rumah, anda juga mendapat komisyen sehingga RM2++ bagi setiap set PSK.
- Besarkan peluang untuk sama-sama membina komuniti sihat bermula dengan persekitaran anda.
Maksudnya, sekarang Pi Prepare apa yang patut untuk esok. Jangan lupa diffuse essential oil yang ada dalam PSK yang baru sampai tu sekali sebelum dan semasa tetamu kehormat sampai petang esok, ya 🤭... Selasa nak bergosip (sharing) tentang YL nanti
Boleh tengok fungsi setiap EO dalam PSK di sini, ya.
Perkataan dan anjuran Rasulullah SAW mengenai bekam berdasarkan hadis:
- "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua (72) penyakit".
- "Kesembuhan itu terdapat pada tiga (3) perkara iaitu minuman madu, sayatan alat bekam kan kai (pembakaran) dengan api dan sungguh aku melarang umatku dari kai"
- "Sungguh, pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
- "Sebaik-baik ubat adalah bekam dan 'fashd"
- "Perintahkan umat kamu untuk berbekam"
- Dari riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas' ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam"" - Sahih Al-Jami' : 5761
- "Sungguh, sebaik-baik ubat kamu adalah bekam"
- Sebaik-baik hamba adalah juru bekam, ia membuang darah, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan - Hadis hasan gharib: 1978, At-Tibb
- Dari Malih bin Abdullah Al-Khathmi, dari ayahnya yang berkata Rasulullah SAW bersabda,"Lima (5) perkara termasuk sunnah para Rasul iaitu malu, bekam, siwak dan memakai wangian"
- Daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah SWT dan mereka telah berkata Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Imam Tirmizi dan Imam Baihaqi)
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah)”. (HR Imam Ibnu Majah dan Imam Abu Dawud)
- Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam At Thabrani)
- Dari Jabir Al-Muqni berkata : "Aku tidak akan merasa sihat sehingga berbekam, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan"
- Dari Anas bin Malik r.a., ditanya mengenai Hijamah, beliau berkata : bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam/hijamah dan memerintahkan keluarga beliau dan Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang kalian (lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam Muslim)
[akan dikemaskini]
Amaran & Peringatan- tidak dibenarkan untuk copy & paste dalam apa jua bentuk memandangkan konten yang ditulis ini masih tidak lengkap, hanya mengambil maksud hadis tanpa matan asli dan rujukan yang penuh. Perkongsian ini sekadar membuka langkah pertama untuk kita sama-sama menggali hadis dan ilmu ini dengan lebih terperinci. Segala kekurangan adalah datang dari pihak saya sebagai penulis dan bukannya dari hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang mulia]
Saya menerima banyak pertanyaan dari non-oiler mengenai kegunaan dan fungsi diffuser Young Living. Ada yang beranggapan ianya sama dengan humidifier, Vaporizer dan purifier.
Sebenarnya, keempat-empat alat ini mempunyai peranan yang berbeza namun matlamat adalah sama - untuk memperbaiki dan meningkatkan kesihatan diri kita dan orang yang tersayang.
Diffuser
- Dalam bahasa melayu, diffuser membawa maksud 'Peresap'. Diffuser (keluaran Young Living sahaja) adalah jenis cold-air diffuser yang direka untuk atomize molekul EO ke udara dimana ianya akan kekal berterusan terperangkap di dalam udara selama beberapa jam supaya kita dapat manfaat dari proses peresapan ini.
- Diffuser jenis ini memerlukan essential oil (EO) yang asli atau tulen tanpa campuran alkohol dan seumpamanya untuk berfungsi secara optima.
- Ia berperanan mengubah struktur molekul yang menghasilkan sebarang jenis bau (termasuk asap rokok) dan bukan hanya sekadar menutupi struktur molekul tersebut.
- Seterusnya, ia meningkatkan kualiti oksigen yang diperlukan oleh paru-paru dan badan kita.
- Ia juga menghasilkan ion-ion negatif yang memberi kesan yang positif pada kesihatan tubuh badan. Untuk makluman tambahan, konsentrasi ion-ion negatif paling tinggi hanya didapati dalam udara yang bersih semulajadi - biasanya di kawasan pergunungan, hutan-hutan, air terjun yang tidak diusik oleh tangan-tangan manusia; dan juga selepas waktu hujan (sebab itu sunnah Nabi Muhammad SAW menganjurkan supaya kita banyak berdoa semasa hujan). Fungsi ion-ion negatif ini adalah meneutralkan radikal bebas, mencergaskan semula sel-sel metabolisma badan, mempertingkatkan fungsi imunisasi badan, membersihkan (purify) darah, serta mengimbangi autonomic nervous system, menggalakkan tidur yang nyenyak (deep sleep) dan sistem penghadaman yang sihat. Ia juga memainkan peranan penting dalam menghapuskan sebarang jenis alergen bawaan udara.
- Selain itu juga, ia membebaskan ozon alami
- Sesetengah EO seperti Eucalptus Globulus, Eucalyptus Radiata, Frankincense, Grapefruit, Lavender, Lemon, Lemongrass, Orange dan Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) serta campuran seperti Melrose, Purification dan Thieves sangat berkesan untuk menyingkir dan menghapus kuman dan bakteria bawaan udara penyebab pelbagai jenis penyakit seperti demam, influenza, chickenpox, beguk, campak, batuk kokol (pertussis), Tuberculosis (TB), radang kerongkong dan sebagainya. Jadi, jika salah seorang ahli keluarga kita dijangkiti oleh penyakit-penyakit ini, sangat disarankan agar kita diffuse mana-mana EO bersesuaian bagi mengelakkan ia merebak kepada ahli keluarga yang lain. Juga, jangan lupa bawa first kit ini bersama-sama pakaian anda jika anda atau ahli keluarga dimasukkan ke hospital.
- Tidak seperti lampu atau lilin beraroma, diffuser menyebarkan EO tanpa proses pembakaran atau haba. Proses pembakaran selalunya membuatkan satu-satu minyak itu kurang terapeutik atau kurang kesan/sifat pengubatan yang ada dalam minyak tersebut. Lebih teruk lagi, ia boleh menghasilkan sebatian toksin!
- Kajian lain menunjukkan bahawa cold-air diffusing (bersama-sama dengan EO tertentu) boleh:
- Mengurangkan bakteria, fungus (kulat) serta pembiakannya; dan juga bau yang tidak menyenangkan
- Merehatkan badan, mengurangkan tekanan (stress / tension), dan melapangkan minda
- Membantu dalam proses pengurangan berat badan
- Memperbaik dan meningkatkan kosentrasi, fokus, kepekaan dan pemikiran yang jelas
- Merangsang neurotransmitter
- Merangsang perembesan endorphins
- Merangsang penghasilan hormon pertumbuhan dan penerimaan
- Memperbaiki dan menambahbaik perembesan antibodi IgA yang melawan Candida
- Memperbaiki dan menambahbaik fungsi penghadaman
- Memperbaiki dan menambahbaik kestabilan hormon
- Melegakan sakit kepala
[Akan dikemaskini]
Perbezaan Diffuser, Humidifier, Vaporizer dan Purifier
Panduan Untuk Diffusing
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons