Lassi Mangga & Lemon 🍋

5 May 2020

Your Gut Will Love This Mango Lassi | HUM Nutrition Blog

MANGO LASSI WITH LEMON
♥♥♥♥♥

Bahan-bahan

  • 1-2 biji mangga yang masak - saya guna mangga jenis lemak manis (guna 2 biji jika ingin diminum bersama ais)
  • 3-4 sudu besar plain yogurt
  • 1 cawan air kosong sejuk
  • 2-3 sudu besar susu pekat manis - boleh ganti dengan madu
  • 1/2 biji lemon - diambil jus, boleh juga guna lemon EO
  • Serbuk kayu manis untuk tabur di atas lassi - optional

Penyediaan

  1. Kupas mangga. Ambil isinya dan masukkan dalam blender bersama bahan-bahan lain.
  2. Kisar hingga halus.
  3. Sedia untuk dinikmati terus atau ditambah ais.

Catatan:

  • Saya guna personal blender jenama Midea. Didatangkan dengan 2 botol berkapasiti 600ml setiap satu.
  • Resipi di atas sesuai dengan kapasiti 1 botol tersebut.
  • Jika guna mangga lemak manis, warna lassi jadi sedikit pucat berbanding menggunakan mangga jenis lain. Tapi, sangat-sangat sedap! Sangat terasa lemak dan manisnya di mulut dan sangat wangi ♡

MIDEA SLOW JUICER & BLENDER MBL-1000 - SgTan



Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.