Ini Cara Terbaik Menggunakan White Angelica untuk Perlindungan atau Kuatkan Aura Positif

17 July 2019

Antara essential oil yang wajib ada dalam handbag saya adalah White Angelica. Kawan yang memperkenalkan YL kepada saya awal dulu suggest supaya saya cuba amalkan White Angelica ni untuk aura protection.


(Baca Sebab kenapa Saya Pakai White Angelica disini)

Ini adalah cara terbaik untuk guna dan pakai White Angelica untuk kesan yang maksima...


# 1 Mulai dengan Bismillah & Doa


Berbalik kepada asas, segala yang ada di langit dan bumi ini semuanya adalah milik Allah SWT, termasuklah diri kita. Tiada satu pun yang terkecuali. Hatta yang tidak nampak dimata seperti kesihatan dan kebahagiaan sekalipun.

Untuk dapatkan semua itu, mestilah kita kena minta dari tuan punya, kan. Hak Allah, kan.

Jadi, sebagai adat kita dengan Pemilik, kita kenalah minta. Dia suka bila kita minta dari Dia. Jadi, kita doalah. White Angelica ni hanya sebagai alat sahaja. Dan memang Allah ciptakan setiap yang ada di bumi ini adalah untuk kegunaan kita. Setiap sesuatu ciptaan dia mesti ada manfaatnya.

Disyorkan agar dahulukan rutin ini dengan Bismillah 7. Jika lihat pada maknanya, sangat-sangat indah. Sambil baca Bismillah 7 tu, hayati maknanya. Hayati dan selami. Dan saya sarankan jika pakai White Angelica ni pakailah lepas dah mandi sebelum subuh tu, sebelum solat sunat atau tahajjud. Masa tu kita dah relaks, tak gopoh-gapah. Bangun pun fresh lagi, belum sempat hal dunia masuk dalam otak kita.

Jangan lupa selawat juga!



#2 Titis & Activate-kan


Kemudian, titiskan White Angelica ke atas tapak tangan. Setitis pun dah cukup. Activate-kan fungsi minyak tu dengan cara mengosok kedua-dua belah tangan dalam 2-3 kali dan terus bawa tapak tangan ke hidung. Inhale dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan

#3 Sapu Sambil Doa


Kemudian, sapu ke bahagian kepala disertai dengan niat atau doa, turun ke tengkuk, bahu, dada, tangan, badan hingga ke hujung kaki. Selalunya saya doa;

"Ya Allah yang Maha Berkuasa, dengan nama-Mu yang Maha Agung aku mohon perlindungan kepada-Mu, dari segala kejahatan jin, syaitan, iblis, manusia, binatang buas dan berbisa serta dari makanan yang memudaratkan keimananku, akal fikiranku, hatiku, emosiku, rohani dan jasmaniku".
Terus baca,


Atau amalkan baca doa ini:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيَ

Ya Allah aku memohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat Ya Allah aku memohon kepadaMu keampunan dan kesejahteraan pada agamaku, duniaku keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku dan amankanlah diriku daripada rasa  takut. Ya Allah, peliharalah  diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta dari atasku dan aku berlindung dengan keagunganMu daripada diceroboh di sebelah bawahku.




Ini ekstra;

"Ya Allah, kuatkanlah aura dan energi yang positif pada diriku dan sekelilingku. Jauhkanlah aku dari energi-energi yang negatif".

Adakah anda ada cara pakai yang tersendiri? Kongsikan dengan kami diruangan komen ❤ 

Post a Comment

Latest Instagrams

© Afiya. Design by FCD.