Beberapa tip untuk kelegaan cepat yang saya amalkan apabila terkena serangan gastrik adalah seperti berikut:
1. Minum banyak air - air kosong sahaja
Kebiasaannya, serangan gastrik diselangi dengan diarrhea dan muntah-muntah. Hal ini mengakibatkan kekurangan liquid dalam badan dan membuatkan badan menjadi lemah dan keletihan. Anda tidak perlu supplemen untuk tambah tenaga, anda hanya perlu menghidratkan badan dengan minum banyak air putih.
Cuba elakkan minuman seperti milo, kopi atau teh. Ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi mereka yang boleh minum susu kambing, ia sangat bagus untuk perut anda. Elakkan susu lembu.
2. Makan nasi kosong atau cereal sahaja
Perut saya sangat sensitif pada makanan yang pedas dan masam. Apabila terkena gastrik, saya akan stop semua jenis makanan - bergoreng, gulai, pedas, masam. Dan jujurnya, saya hanya makan nasi kosong atau bubur nasi kosong! Jika tidak tertelan, saya akan rebus sebiji telur masin sebagai lauk. Selebihnya adalah bijirin kosong bagi memastikan perut saya tidak kosong.
Selain itu, anda perlu makan sebelum anda berasa lapar.
Cara ini sangat membantu melegakan sakit perut dengan cepat.
Apabila perut anda tidak lagi sakit, pastikan makan makanan yang lean dan berkhasiat untuk topup balik nutrisi dalam badan.
3. Jangan ambil sebarang jenis susu - kecuali susu kambing.
Dalam kes saya, saya hanya boleh minum susu kambing apabila gastrik. Susu lembu hanya memburukkan lagi sakit perut.
4. Rehat
Dapatkan rehat yang secukupnya. Sakit membuatkan badan keletihan. Bagi badan anda masa untuk berehat dan recover.
Post a Comment